Wednesday, May 23, 2012

Perasaan tidak dikenali

Terkerling kepada sesuatu lantas hati meronta-ronta untuk menjenguk. Satu persatu ku lihat namun semakin banyak yang ku nampak, semakin hati rasa pedih. Perasaan yang telah lama hilang kerana aku telah melontarnya jauh-jauh. Tapi sekarang aku merasai perasaan itu. Sakitnya terlalu menyiksa. Masing-masing telah bahagia kenapa perlu rasa itu timbul di hati ini? Aku tidak mahu perasaan itu wujud kerna aku sudah ada hidup sendiri.. Dikau juga sedang berbahagia aku tumpang gembira. Wahai perasaan yang tidak ingin kukenali lagi pergilah kau menjauh kerana aku punya perasaan baru yang mampu membahagiakan diri ini...

No comments:

Post a Comment