Thursday, August 30, 2012

Ribut Prasangka..

Perlukah aku akui segala tafsiran? Senang tak bermakna aku suka..
Suka tak bermakna aku cinta.. Tahu ke kalian bezakannya?
Berada disekeliling dia aku rasa selesa. Aku rasa dihargai...
Dia melayan aku selayaknya seorang adik kenapa mesti ada yang mempersoalkannya?
Aku belum buta atau gila... Dia aku suka dan sayang tapi tidak lebih dari seorang sahabat...
Prasangka yang tidak tidak itu hentikanlah...
Terasa macam nak hilangkan diri je ni...
Nak slow down..

Kau pun satu...
Aku dah bagitahu awal-awal...
Kenapalah aku rasa macam kau back stab aku?
Perlu ke kau nak canang pada semua..
Ok fine... aku rasa aku dah betul tersilap ni..
Macam ni la..
Aku back off Aku tak kenal kau...
So aku takkan ada apa-apa hubungan dengan kau lagi..
No Sms.. No like2... No another comment from me to you...


-END-


Sunday, August 26, 2012

Dalam Kenangan..... Megat Marwan Ismail @ Megatron @ Megat Lambong




Keadaan Kereta yang dipandu Arwah... Ya Allah.. 


Al Fatihah buat adikku Megat Marwan Ismail atau dikenali dengan Megatron  atau Megat Lambong...

Terkejut bila Encek suami memberi perkhabaran tentang pemergian arwah dalam satu kemalangan ngeri.

Arwah seorang penyanyang, kelakar, pandai mengambil hati dan tidak kedekut dengan senyuman. Sangat berbudi bahasa... Manja dan yang paling aku suka dia sangat-sangat menghormati orang... Tak kiralah orang tu lebih muda dari dia tapi arwah tetap hormat.

Teringat masa afif kecil.. Arwah mendokong dan memanjakan afif...
" Nanti dah besar jadi macam Daddy Megat tau... Playboy.. " Selorohnya...

Sentiasa berseloroh.. buat lawak adalah kelebihan utama... Suka tengok orang lain senyum katanya...

Megat.. akak tak lupa apa Megat pernah cakap pada akak dulu.. terima kasih dik... Akak tak lupa jenaka yang adik buat masa akak tengah down gile... Megat... Akak akan sentiasa ingat pesan Megat... Satu hari nanti Afif akan tau yang dia ada Daddy Megat yang hebat... Daddy Megat yang banyak impian yang akak rasa semuanya Megat dah dapat buat.

Wahai Allah, ampunilah Megat Marwan Ismail, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.

Amin....

Friday, August 24, 2012

Kurang...

Ada yang kurang...
Selalu kurasa...
Ada yang hilang...
Jua selalu kurasa..
Kebahagiaan apakah lagi?
Semakin aku tidak mengenali..
Kurang rasa kah aku?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 13, 2012

SEKEJAP ITU














Sekejap...
Walau sekejap ianya meninggalkan kesan..
Ketawaku kembali..
Minatku membuak..
Mekarnya keseronokan yang lama tidak kurasa lagi..

Tapi kerana ianya sekejap..
Maka sekejap itu juga...
Segalanya jadi suram dan muram kembali..
Gelak tawa tidak kurasa lagi..
Mendung wajah mengambil tempat..

Aku tahu siapa aku..
Aku kenal hati dan diriku..
Kau yang takut...
Kau yang lari..
Kau yang tidak mahu terima..
Kerana kau takutkan sekejap itu..
Akan jadi lama..
Maka kau akan gelisah...
Kerna kau tidak akan memilikiku...

Aku takkan melangkaui apa yang sepatutnya...
Ku cermin diri... Aku faham..
Tapi kenapa kau..
Begitu mudah terpedaya...
Dengan ketidakpercayaan pada diri sendiri..
Kita yang mengawalnya..
Perasaan itu.. kita yang mengemudinya...
Usah langkaui batas..

Aku harap bila ketawaku merekah...
Senyumanku sentiasa basah...
Ianya akan kekal..
Namun berderai pecah...
Dek ketakutan diri kau sendiri...
Aku rindu senyuman itu
Aku rindu senda gurau itu..
Sahabat...
Kita Sahabat...
Kenapa kau Memusibatkan Persahabatan ini..
Dengan menuduh aku..
Melangkaui Batas itu?

Dan sekejap yang kurasa...
Akan ku ingati sebagai memori..
Kau juga akan ku kenang..
Kerna aku juga jadi takut..
Aku takut rindu ini..
Akan menjadikan sekejap itu..
Sesuatu yang tidak sepatutnya...
Kau ku lepaskan...
Tanpa sedarmu..
Sepertimana kau sembunyikan diri..
Tanpa sedarku...





Teman Pengganti...


Ketawa bersama,
Menangis bersama,
Ku bersumpah harap kita,
Mati pun bersama.


Sejak dua menjak ini,
Makin kerap ku diganggu visi,
Bila celik, juga bila mimpi,
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi,
Dia membelaimu dengan izin dan permisi,
Sentuhan katanya semua kau iakan,
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan,
Aku redha walau tidak ku damba,
Walau hampa semuanya dah dijangka.

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta,
Kenangan dibina kita indah belaka,
Ketawa bersama, menangis bersama,
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama,
Namun hakikatnya, bukan mudah,
Aku sembunyikan gulana gundah,
Segalanya kan berubah,
Dengarkan apa yang ku mahu luah.


Rahsia ini,
Telah lama aku pendamkan,
Tiba masanya,
Segala-galanya,
Kuceritakan,
Aku kan pergi,
Pergi ku tak akan kembali,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias,
Kita tak terlepas dari terkena tempias,
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias,
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas,
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks,
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks,
Bila dunia seolah tak memahami,
Kau sudi selami, dalami dan mengalami.

Setia mendengar, sentiasa hadir,
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir,
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal,
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal,
70 000 hijab harus kusingkap,
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap,
Dalam diam ada, seorang yang kupuja,
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna.


Rahsia ini,
Telah lama aku pendamkan,
Tiba masanya,
Segala-galanya,
Kuceritakan,
Aku kan pergi,
Pergi ku tak akan kembali,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.


Sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan,
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan,
Terperangkap dalam jasad, ku keliru,
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu,
Namun aku tetap murung, berkurung,
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput,
Komplikasi di halaman susuk kiri,
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri.

Lagu ini yang terakhir aku sajikan,
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan,
Jaga diri, jangan makan hati,
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti,
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi,
Cincin, kunci, dompet dalam laci,
Ada sikit wang, itu saja baki,
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti.


Aku kan pergi,
Bertemu kekasih abadi,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.

Monday, August 6, 2012

H.A.C.K.S


Hanya Ku Cinta Kau Seorang

Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu