Monday, August 13, 2012
SEKEJAP ITU
Sekejap...
Walau sekejap ianya meninggalkan kesan..
Ketawaku kembali..
Minatku membuak..
Mekarnya keseronokan yang lama tidak kurasa lagi..
Tapi kerana ianya sekejap..
Maka sekejap itu juga...
Segalanya jadi suram dan muram kembali..
Gelak tawa tidak kurasa lagi..
Mendung wajah mengambil tempat..
Aku tahu siapa aku..
Aku kenal hati dan diriku..
Kau yang takut...
Kau yang lari..
Kau yang tidak mahu terima..
Kerana kau takutkan sekejap itu..
Akan jadi lama..
Maka kau akan gelisah...
Kerna kau tidak akan memilikiku...
Aku takkan melangkaui apa yang sepatutnya...
Ku cermin diri... Aku faham..
Tapi kenapa kau..
Begitu mudah terpedaya...
Dengan ketidakpercayaan pada diri sendiri..
Kita yang mengawalnya..
Perasaan itu.. kita yang mengemudinya...
Usah langkaui batas..
Aku harap bila ketawaku merekah...
Senyumanku sentiasa basah...
Ianya akan kekal..
Namun berderai pecah...
Dek ketakutan diri kau sendiri...
Aku rindu senyuman itu
Aku rindu senda gurau itu..
Sahabat...
Kita Sahabat...
Kenapa kau Memusibatkan Persahabatan ini..
Dengan menuduh aku..
Melangkaui Batas itu?
Dan sekejap yang kurasa...
Akan ku ingati sebagai memori..
Kau juga akan ku kenang..
Kerna aku juga jadi takut..
Aku takut rindu ini..
Akan menjadikan sekejap itu..
Sesuatu yang tidak sepatutnya...
Kau ku lepaskan...
Tanpa sedarmu..
Sepertimana kau sembunyikan diri..
Tanpa sedarku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment