Ya Allah.. sedihnya, tak henti airmataku ini... semakin lama manusia semakin tidak berhati perut, Baru sebentar ku tonton video yang dikonsi rakan di FB tentang budak yang dilanggar di China... Nyawa seakan tidak berharga lagi. Macam-macam hal yang berlaku sekarang ni... Kes buang bayi... langgar dan lari... Ya Allah... Hatiku hiba memikirkannya. Kurenung kearah anakku yang sedang tidur aku bersyukur Ya Rabbi kerana KAU telah menganugerahkan anak ini kepadaku. Biar apapun akan kudidik dan kubesarkan dengan sepenuh kasih sayang. aku takut Ya Allah... Aku terlalu takut kehilangan kekasih kecilku ini. Ya Allah, aku bersyukur kerana KAU memberiku peluang untuk membesarkan dia. Hina sungguh manusia yang sanggup membunuh anak-anak kecil dan bayi-bayi yang tidak berdosa. Menyakiti tubuh mulus hadiah dariMU Ya Rabbi..
Ya Allah, setiap apa yang KAU jadikan dan setiap apa yang KAU rencanakan adalah Rahsia Mu dengan hikmah yang terselindung. Aku hanyalah hambaMU yang lemah dan tidak berdaya, KAU pimpinlah aku Ya Allah, KAU berikanlah aku kesabaran dalam mendidik dan membesarkan zuriat pinjamanMU ini.
Aku semakin takut dengan rencah dunia yang tidak pernah selamat ini. Apalah dosa si kecil itu bila kau campakkannya dari tingkat atas? Apakah dosa bayi itu bila kau melakukan kemungkaran kau bungkuskannya didalam plastik dengan niat membunuhnya? Sesak dadaku bila tiap kali menyelak dada=dada akhbar pasti sahaja ada kejadian bayi DIBUNUH dengan kejam. Tidak layakkah mereka dilahirkan didunia dan mengecapi hidup seperti manusia lain? Janganlah kau bicara soal malu, kerana ketika itu kau melakukan segala aksi dan terjadinya sikecil itu kau tidak pernah memikirkan apa akibatnya? BERTANGGUNGJAWABLAH.... atas apa yang telah kau lakukan wahai ibu2 yang membunuh anaknya sendiri, darah dagingnya sendiri. Sehingga mati kau akan dilaknat Ibu-ibu lain kerna menjadi pembunuh... Biarlah andai selelaki tidak mahu memikul amanah yang diberi ALLAH, sebagai seorang wanita dan seorang ibu, kau harus perjuangkan anak yang kau kandung. Biar seluruh dunia mencerca dan membuangmu sesungguhnya ALLAH ada disisimu, DIA yang menentukan nasib dirimu kelak... Kemuliaanmu melahir dan membesarkan anak itu dengan kasih dan sayang serta didikan yang baik Insyaallah... Suatu hari anak itu akan membela nasibmu hingga hujung nyawamu.
ALLAH MAHA BESAR, MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANYANG....
Syukur kepadaMU sekali lagi Ya ALLAH... Kerana mengizinkan aku meneruskan perjuangan dalam membesarkan zuriat yang kau kurniakan... Sesungguhnya aku bahagia dengan pemberianMU yang tidak ternilai ini.
Wednesday, November 9, 2011
Friday, November 4, 2011
Thursday, November 3, 2011
Sambutan Hari Lahir 19 & 26 Oktober 2011
A little late for uploading.....
Happy Birthday To :
Cik Anie
Encik Farhan
&
Puan Fazean
The Cake.....
All The People....
Birthday Boy & Girl's....
Happiness...
Mr Farhan....
The Food......
Subscribe to:
Comments (Atom)








