Wednesday, August 24, 2011

The Adam Boys....♥♥♥


Photo's Taken At Melaka Mall..... ♥♥♥

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Lahir Buat Ayahanda Tercinta 22 Ogos 2011

Khas Untuk Ayahanda tersayang.... Dari Alang n Ateh....

budak kecik ni memang.. semua orang punya birthday pun dia yang nak tiup lilin tu.. semangat... Atok dia relaks jer...


Selamat Hari Lahir Buat Ayahanda Tersayang... Alhamdulillah... first day dapat berbuka dengan seluruh ahli keluargaku tanpa seorang pun tertinggal.. (walaupun Achik lambat sampai). Mak masak mee hoon goreng jer tapi tetap layanzz... tahun Ni genaplah Umur Ayah 60 Tahun... Nampak sangat rambut ayah dah beruban banyak.. tangan ayah dah berkedut seribu, kadangkala bila ayah memandu aku perhatikan ayah macam dah kehilangan daya fokus.. tangan menggigil bila jangkaan dia tersalah.. Alang sayang ayah... Semoga Allah memberikan Alang ruang dan kesempatan untuk berbakti kepada ayah dan emak....




Dari petang dia asyik ulang alik pegi dapur pastu buka peti ais.. Nak day to you katanya... adessss... akhirnya dapat juga... :)

Friday, August 19, 2011

Forgive me...

Emosi sangat tak menentu hari ni ... Terlalu rindukan si kecil mungkin... Kesian si roby kena marah kaw kaw sebab lambat tadi... ntah apa pasal la pulak Termengamuk sakan arini... So sorry ya Roby.. Sorry to hubby juga kerana terkena tempias angin barat daya aku.. Adesssss....

Hubby sedang bergelut untuk syarikatnya berkembang... Got BIG Jobs to settle dan aku bersendirian selama beberapa hari lagi.. Takperlah cari rezeki untuk keluarga kan... Aku doakan agar segala urusan dipermudahkanNYA..... Amin.....

Rasa semakin tenang bila Ular berbisa yang ada dalam rumah ni dah takde... Semakin melimpah ruah rezeki masuk... Alhamdulillah.. Aku juga tak putus-putus berdoa agar Si polan tu berubah dan berpijak ke alam nyata.. kembali ke jalan yang diredhai ALLAH S.W.T.

Till then.. time to sleep... zzzzzzzzzzzzzzzzz nunyte uolsssssss........

Thursday, August 18, 2011

Kerinduan ini

Perasaan ini tidak tetaha lagi, rindu dihati amat menyiksa jiwa. Dua lelaki paling ku cinta tiada disisi, sunyi terasa hidup ni. Sesungguhnya aku amat merindui belaian dan kemanjaan kalian. Kasih sayangku tak pernah luntur walau kau hiris hati dan kau injak lumat, kuketepikan segala kelukaan asal aku dapat bersama kalian berdua. Pedihnya apa yang kurasa, mahu terhenti nafas bila teringatkan kalian. Hati ini gundah ... Ingin kudakap kalian dan kubawa kemana sahaja aku pergi namun apalah daya. Aku benci dengan kepadatan masa yang menghalangku membelai kalian berdua. Sungguh masa itu amat mencemburui kita bertiga.

letih.....

Monday, August 15, 2011

The Adam Boys... Renaissance Hotel Melaka





 Okeh seperti yang dijanjikan ni la line up untuk Renaissance 1/08/2011 - 28/08/2011 sudah pasti muka aku ada satu jer.. tu pun daus tolong ambikkan.. gambar2 lain  tu sume kerja aku la... aku yang jadik tukang snap....

Sunday, August 14, 2011

Meriah Cik Kiah... Gitu...

Sangat Gembira.. kerana dapat bersama kawan-kawan berjimba... habis jer show di Renaissance terus msg Kak Anie then tanya dia malam ni pe projek? Dia cakap semua wiwiwi ada kat DP ngah Shopping. So might be after that nak g berjimba la... Apa lagi dengan pantas la aku munsul.. Cik Lya pun ada sama meriah tul biliok 213 tu gamat dengan suara-suara diva ala-ala konsert gitu kitaorang. Aku sampai-sampai jer hah kau lagu BORN THIS WAY - LAdY GaGa... Terus capai mic then jadi GaGa Malaysia tau... sukeeee sangat...

Tiap-tiap kali aku keluar dengan uols hati ni sangat gembira like I never had any problem in my life. Hubby pun dah faham dia tak pernah halang pun.. Its my precious time with my besties... Syukur sangat-sangat....

To all my fwen... I love Uolss k.... thanks 4 everything...

Till then.. nunite....

Tuesday, August 2, 2011

Renaissance 1-30 Ogos 2011..


Actually ni gambar tahun lepas.... gambar tahun ni belum ambil lagi :)
Ni line Up lama, tahun ni gendang tukar orang lain, pemain tamborin pun takde so tahun ni ada 4 orang jer termasuklah saya :) inilah aktiviti tiap2 tahun bila bulan ramadhan tiba. Part time sebagai penyanyi di Hotel Renaissance, menyenyi dan hiburkan tetamu yang datang berbuka puasa.

Macam-macam gelagat manusia boleh tengok kat sini, terutama guest2 dari negara China...Duk melanguk tongkat dagu pastu angguk2 ikut irama yang kitaorang dendangkan... Kalau nasib baik, adalah guet yang bagi tips sebab suke... macam tahun lepas, Ada satu pasangan dari Austrie duk mlanguk dari kul 6.30 sampai kul 9 semata-mata nak tengok kitaorang perform. Diaorang sangat suke lagu2 asli yang kitaorang dendangkan 4 hari berturut2 duk tunggu kat lobby tu ngadap kitaorang suke sangat katanya.

Ada juga kawan2 yang datang berbuka puasa bersama keluarga kat situ, so far takde complain... kitaorang pun puas hati....

Tadi masa datang jer akak2 kat situ semua datang jumpa... Siap kata tak sabar nak tengok kitaorang perform... Suke sangat :) Semangat jer nyanyi dan hiburkan semua orang.

Mata pun dah ngantuk, nak masak untuk sahur dulu n gosok baju untuk esok baru leh tido... Good nyte all...

Assalamualaikum....

Monday, August 1, 2011

Ramadhan tiba lagi...


Ramadan tiba lagi, kepada semua umat islam diseluruh dunia saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan juga selamat menjalani ibadah puasa. Ramadhan yang mulia penuh keberkatan tiba membawa seuta rahmat kepada seluruh umat Islam seluruh dunia.