Tuesday, August 2, 2011

Renaissance 1-30 Ogos 2011..


Actually ni gambar tahun lepas.... gambar tahun ni belum ambil lagi :)
Ni line Up lama, tahun ni gendang tukar orang lain, pemain tamborin pun takde so tahun ni ada 4 orang jer termasuklah saya :) inilah aktiviti tiap2 tahun bila bulan ramadhan tiba. Part time sebagai penyanyi di Hotel Renaissance, menyenyi dan hiburkan tetamu yang datang berbuka puasa.

Macam-macam gelagat manusia boleh tengok kat sini, terutama guest2 dari negara China...Duk melanguk tongkat dagu pastu angguk2 ikut irama yang kitaorang dendangkan... Kalau nasib baik, adalah guet yang bagi tips sebab suke... macam tahun lepas, Ada satu pasangan dari Austrie duk mlanguk dari kul 6.30 sampai kul 9 semata-mata nak tengok kitaorang perform. Diaorang sangat suke lagu2 asli yang kitaorang dendangkan 4 hari berturut2 duk tunggu kat lobby tu ngadap kitaorang suke sangat katanya.

Ada juga kawan2 yang datang berbuka puasa bersama keluarga kat situ, so far takde complain... kitaorang pun puas hati....

Tadi masa datang jer akak2 kat situ semua datang jumpa... Siap kata tak sabar nak tengok kitaorang perform... Suke sangat :) Semangat jer nyanyi dan hiburkan semua orang.

Mata pun dah ngantuk, nak masak untuk sahur dulu n gosok baju untuk esok baru leh tido... Good nyte all...

Assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment