Semalam seorang sahabat lama telah datang dan berjumpa ku... Dalam sebak hatinya dia telah menceritakan keperitan hidupnya bersama insan bergelar SUAMI. Betapa aku tidak menyangka kehidupannya yang selalu tenang dan diselikan dengan hilai tawa sebenarnya terselit penderitaan dan kekecewaan yang amat dalam. Selama aku mengenalinya dari bujang hingga dia mendirikan rumahtangga dan memperoleh cahaya mata, dia adalah insan yang paling bertuah kerana tidak pernah diselubungi kesusahan. Dia seorang wanita tabah yang pemurah dan amat menjaga kehormatan dirinya.
Luluh hatiku mendenger cerita darinya tentang KEZALIMAN yang telah berlaku keatasnya. SUAMI yang sangat dicintai dan dihormati telah melukakan dan membunuh rasa cinta dan sayang dengan menjalinkan hubungan terlarang bersama ramai wanita malah hubungan itu telah jauh hingga ke tempat tidur. Betapa hancurnya hati dia apabila mengetahui segala kebenaran.
ALLAH masih sayangkan dirinya dan segala kemungkaran suaminya terbongkar satu demi satu. Aku doakan dia terus kuat dan tabah dalam mengharungi ujian yang menduga....