Kutarikan jemariku...
Liuk lentoknya sukar kuramal..
Kekiri laju.. kemudian beralih kekanan perlahan...
Irama apakah itu???
Kelam dan keliru...
seakan ada sesuatu yang cuba disampaikan....
Berceritakah ia kepadaku??
Berpantunkah??? Bernyanyi???
Mengapa sukar ku terjemahkan???
Bukankah itu jari jemariku???
Mengapa aku sukar sekali menafsir???
Sudah hilang kemana agaknya aku?
Kini aku kehilangan..
Kehilangan deria merasa..
Merasa setiap liuk pergerakan jemariku..
Kenapa otakku tidak membantu???
Ahh aku keliru sudah...
Pastinya kerana fikiranku..
Belum tenang dan tenteram...
Saturday, July 25, 2009
Friday, July 17, 2009
~Peristiwa~
BAnyak perkara berlaku beberapa hari ni... Hubby ke Kedah.. ada function TM... Balik tak sampai berapa hari dah ke KL pula... Tm lagi la... Isnin Aku dan Hubby ke KL semula untuk mengahadiri meeting dan buat presentation... School of X produk baru Celcom.... Hubby kena g 25 buah sekolah sekitar JB untuk mempromosikan S.O.X dan mengedar borang penyertaan S.O.X Star.... Khas untuk adik-adik sekolah menengah saja ok... selesai presentation pertama kami menginap di Tunes hotel (TAjaan BadBoy EVeNt ManaGement) boleh tahan la bilik dia.. agak kecil dan tiada TV... DIULANGI... TIADA TV... Bosan dow... sebab takder Tv dan bosan kami suami isteri keluar merayau ke Danau KoTA jalan2 cuci mata.. sambil telan air liur sebab sekarang tengah budget.... keesokannya(selasa) ke pejabat besar Celcom... Besar la.. MAIN OffIce katakan... staff2 dia.. dressing.. pergh.... jatuh serban tok imam... paham-paham sudah... selesai segala meeting berangkat pula ke Shah Alam menjenguk adik ipar di UitM yang sedang menjalankan pra Ijazah Perubatan sebelum terbang ke Ireland dan melanjutkan pelajarannya ke sana... makin hensem... macam Fahrin adik aku sorang ni... makan2.. lepak jap then jumpa adik angkat kesayangan hubby.. Pojie... jalan2 ke Up Town Shah Alam pula... settle.. balik Melaka... Balik rumah mak aku, kemudian tidur dengan mesra penuh kerinduan bersama anak tersayang....
Hari ini aku ke Kl lagi.. ada function GEMPAK ASTRO khas untuk vendor2... dan Press... Aku macam biasa la menyanyi... lokasi adalah di hotel ROYAL CHULAN... Hotel baru, agak menarik la.. sebab menerapkan keindahan seni ukir melayu... ramai artis2 AF yang hadir dan sempat pula aku beramah mesra dengan HALIMAH JONGANG
( Sape? kalau umah ada atro mesti tau sape dia...) Zahid pun peramah juga.. Farhan... pun peramah... yang lain2... biasalah artis baru nak naik... muka masing2... berlagak.. tak lupa juga Abang AwoKKk @ Aril AF7... Luar Tv dalam TV sama je perangai dia.. hyper aktif.... Ehem2.. Johan datang dengan awek... Lisa Surihani pula comel jer orangnya.. alahai... settle function.. sampai Melaka balik dalam kul 6.30, teus gi umah mak dan tunggu hubby amek.. Lepas tu kami ke JJ dan menikmati makanan yang best di Windmill... yum yum yum... jalan2.. cuci mata lagi...
Hari ini aku ke Kl lagi.. ada function GEMPAK ASTRO khas untuk vendor2... dan Press... Aku macam biasa la menyanyi... lokasi adalah di hotel ROYAL CHULAN... Hotel baru, agak menarik la.. sebab menerapkan keindahan seni ukir melayu... ramai artis2 AF yang hadir dan sempat pula aku beramah mesra dengan HALIMAH JONGANG
( Sape? kalau umah ada atro mesti tau sape dia...) Zahid pun peramah juga.. Farhan... pun peramah... yang lain2... biasalah artis baru nak naik... muka masing2... berlagak.. tak lupa juga Abang AwoKKk @ Aril AF7... Luar Tv dalam TV sama je perangai dia.. hyper aktif.... Ehem2.. Johan datang dengan awek... Lisa Surihani pula comel jer orangnya.. alahai... settle function.. sampai Melaka balik dalam kul 6.30, teus gi umah mak dan tunggu hubby amek.. Lepas tu kami ke JJ dan menikmati makanan yang best di Windmill... yum yum yum... jalan2.. cuci mata lagi...
Sunday, July 12, 2009
~HamiL~
Tanda-tanda kehamilan dan bagaimana mengesahkannya
Terdapat 3 peringkat ataupun fasa kehamilan :
1. Fasa 1 (Trimester 1) iaitu 3 bulan pertama
2. Fasa 2 (Trimester 2) iaitu 3 bulan kedua
3. Fasa 3 (Trimester 3) iaitu 3 bulan terakhir kehamilan
PETANDA-PETANDA KEHAMILAN
Berikut adalah beberapa gejala dan petanda bahawa seseorang wanita itu mungkin telah hamil:
- Tidak kedatangan haid terutama di kalangan wanita-wanita yang mempunyai haid yang tetap. Pendarahan haid tidak berlaku kerana korpus luteum yang terbentuk tidak menjalani proses degenerasi (pengecutan). Dengan sebab itu kandungan hormon progesteron yang dihasilkan olehnya tidak menurun seperti mana yang berlaku ke atas wanita-wanita yang kedatangan haid. Korpus luteum ini tidak mengalami degenerasi disebabkan oleh kehadiran hormon Beta-HCG.
- Sakit pada payudara. Sakit pada payudara boleh dialami seawall 1-2 minggu kehamilan. Payudara mungkin mengalami perubahan seperti kelihatan membengkak, lebih sensitive pada sentuhan dan puting susu kelihatan lebih kehitaman. Perubahan payudara ini sama seperti yang dialami oleh sebahagian wanita sebelum mereka kedatangan haid ataupun ketika mengambil pil perancang keluarga.
- Loya dan muntah. Loya dan muntah dikatakan mempunyai kaitan dengan kandungan hormone beta HCG. Di dalam istilah melayu ianya juga dikenali sebagai alahan dan dalam bahasa inggeris dikenali sebagai “morning sickness”. Loya dan muntah ini boleh berlaku sehingga usia kandungan mencapai 12-14 minggu dan yang paling ketara adalah di antara usia kandungan dari 2-8 minggu. Loya dan muntah boleh dialami bila-bila masa samada pada waktu pagi, petang ataupun malam. Terdapat juga wanita-wanita yang bernasib baik dan tidak mengalami loya dan muntah ketika hamil tetapi terdapat juga wanita yang mengalami loya dan muntah yang serius. Loya dan muntah yang serius boleh menyebabkan wanita berkenaan kehilangan air dan mineral dan mereka mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan pemulihan. Keadaan loya dan muntah yang serius ini dikenali sebagai “hyperemesis gravidarum”.
- Mudah keletihan. Semasa hamil, kadar metabolisma badan meningkat untuk menampung keperluan tumbesaran anak di dalam kandungan. Ini akan menyumbang kepada rasa letih dan peningkatan hormon progesterone semasa hamil juga dikatakan boleh menyebabkan wanita hamil selalu mengantuk dan menghabiskan masa mereka dengan tidur. Kebanyakan wanita-wanita yang hamil ini akan kembali bertenaga apabila usia kandungan mencapai 12 minggu ke atas. Walau bagaimanapun keletihan ini mungkin akan berulang apabila berat kandungan yang membesar mula memberi beban ke atas wanita-wanita berkenaan.
- Kembung perut. Perut kembung dikaitkan dengan perubahan kandungan hormon badan ketika hamil. Wanita-wanita ini mungkin akan mendapati seluar atau baju yang mereka pakai menjadi ketat dan mereka merasa tidak selesa.
- Sakit belakang. Sakit pada bahagian bawah pinggang boleh dialami oleh wanita yang hamil dan ini mungkin dikaitkan dengan perubahan kepada kedudukan tulang belakang akibat kandungan yang membesar.
- Kencing kerap adalah gejala yang biasa dialami oleh ibu-ibu hamil terutama pada usia kandungan 6-8 minggu. Kencing kerap disebabkan oleh pundi kencing yang menjadi lebih sensitif disebabkan oleh kesan hormon dan peningkatan bekalan darah ke atas organ tersebut semasa hamil. Masalah membuang air kecil ini mungkin akan berpanjangan kerana saiz kandungan yang membesar mungkin akan member tekanan kepada pundi kencing dan kadangkala wanita yang hamil akan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.
- Sakit kepala. Ini boleh dialami oleh wanita yang hamil terutama di awal kehamilan. Ini mungkin dikaitkan dengan perubahan hormone yang berlaku semasa hamil.
- Perubahan deria rasa. Perubahan bahan kimia di dalam darah boleh dikesan pada air liur. Perubahan deria rasa yang boleh dialami oleh wanita yang hamil agak sukar dijelaskan tetapi akibat dari perubahan deria rasa ini, rasa makanan atau minuman yang mereka ambil menjadi berbeza dari normal dan ini mungkin boleh menyebabkan minuman atau makanan tersebut terasa tidak sedap dan memualkan.
- Mengidam atau di dalam bahasa Inggeris dinamakan “food craving” sering dialami oleh wanita-wanita yang hamil. Kebanyakan wanita melayu selalu mengidam makanan berjeruk. Terdapat wanita-wanita hamil yang mengidam untuk makan atau minum sesuatu yang di luar kebiasaan seperti arang, kulit kayu dan lain-lain. Punca sebenar mengapa terjadinya perkara ini adalah di luar pengetahuan kita, malah ianya tidak boleh dijelaskan oleh kajian saintifik.
- Perubahan deria hidu. Deria hidu menjadi lebih sensitive dan ini menyebabkan persepsi hidu ke atas minuman, makanan dan bau-bauan berubah dengan ketara sehingga menyebabkan tindakbalas wanita berkenaan berbeza dengan bauan yang tertentu. Contohnya bau pewangi yang dahulunya sangat diminati kini menjadi terlalu memualkan sehingga muntah-muntah. Begitu juga makanan yang menjadi kegemaran pada satu ketika dahulu kini telah menjadi sesuatu yang sangat menakutkan.
Terdapat 3 peringkat ataupun fasa kehamilan :
1. Fasa 1 (Trimester 1) iaitu 3 bulan pertama
2. Fasa 2 (Trimester 2) iaitu 3 bulan kedua
3. Fasa 3 (Trimester 3) iaitu 3 bulan terakhir kehamilan
~Please go away...~


Pergi jauh jauh..
Jangan dekati diri ini...
Aku bencikanmu..
Kau meghancurkan segalanya...
Aku sesak dengan kehadiranmu..
Sumpah aku membencimu sepenuh hati...
Kau tidak pernah ku ingini..
Menjauhlah dari diriku..
Wahai perasaan Marah..
Aku tidak mahu mengundangmu...
Aku serik dengan kehadiranmu..
Marah bukanlah sesuatu yang aku perlu tika ini..
Aku bencikanmu....
Marah membawa keburukan kepadaku..
Aku benci amarah itu...
Tolonglah pergi dariku...
Aku tidak mahukanmu..
Wahai Amarah.....
Kehadiranmu mengucar kacirkan segalanya...
Aku tidak mahu Marah..
MArah memutuskan pertalian..
Marah mendorongku..
Melakukan segala yang tidak sepatutnya...
Berambuslah Amarah...
Aku tidak Mahu... Just GO...
Get Out Of My Life...
Saturday, July 11, 2009
~Rumah Baru~
Malas nak upload gambar.. just nak kongsi sedikit sebanyak .... Rumah baru ni best.. besar dari rumah dulu, dan selesa... duduk dalam rumah ni rasa macam taknak keluar gi mana-mana walaupun rumah ni ader lif... eheehehehe... duk kat ruang tamu rasa best.. sejuk jer... bilik pun syok.. sejuk and layan.... bilik ada empat, bilik air dua, ruang tamu selesa, dapur agak kecil tapi seronok bila nak memasak.. ada satu stor dan macam bilik kecil untuk laundry... Rumah baru kan? mestilah bersih... dan selama masuk ke rumah ini beberapa tetamu pun dah dapat merasa air tanganku... Insyaallah dalm masa terdekat ini akan diadakan majlis bacaan yasin... that's all.... Danish pun seronok kat sini, dapat bergerak bebas dalam walker dia...
Thursday, July 9, 2009
~KunJungaN HoRmaT~
Terima kasih kepa warga Tag TeaM yang sudi mengunjungi kediaman rasmi Presiden TAg Team.. Ewahhhh...
Sorry la masa ketibaan tetamu sekalian Puan presiden bersama suami dan anak keluar untuk menikmati angin malam.... Dek kerana kedatangan yang mengejut, Puan presiden tidak menyediakan apa-apa, cuma mee goreng yang dibungkus dari kedai... HArap maaf ye adik-adik ku sayang... lain kali nak datang bagitahu awal2.. boleh la akak nak masak2 untuk korang semua... jangan serik na.. kepada cik safia yang jadi perhatian ANAK PuAN PreSideN...Sila Berjaga-jaga.. Danish pasti akan melakukan sesuatu....
Sorry la masa ketibaan tetamu sekalian Puan presiden bersama suami dan anak keluar untuk menikmati angin malam.... Dek kerana kedatangan yang mengejut, Puan presiden tidak menyediakan apa-apa, cuma mee goreng yang dibungkus dari kedai... HArap maaf ye adik-adik ku sayang... lain kali nak datang bagitahu awal2.. boleh la akak nak masak2 untuk korang semua... jangan serik na.. kepada cik safia yang jadi perhatian ANAK PuAN PreSideN...Sila Berjaga-jaga.. Danish pasti akan melakukan sesuatu....
Tuesday, July 7, 2009
~Tika Ini~
Pertama kali pertemuan itu aku telah menetapkan dalam hatiku yang dikau lah insan ITU.. Insan yang ku nanti-nanti .. buat sekian kalinya aku menerima seorang Insan yang bernama lelaki didalam hidupku... Cinta.. benarkah waktu itu engkau adalah Cinta yang ku damba??? Dari hari ke hari perasaan cinta,kasih dan sayang semakin menular kedalam hatiku.. Sehunggalah saat genting itu berlaku, Hubungan ini ditentang, aku hampir lemah dan melepaskanmu... NAmun aku masih ingat akan janjiku padamu tatkala dikau mencurahkan segala kekecewaanmu terhadap cinta-cinta yang pernah kau lalui.. keperitanmu dipermainkan, kesakitanmu ditinggalkan.. Aku berjanji malah bersumpah aku tidak akan menyakitimu seperti itu malah aku tidak akan meninggalkanmu walau apa jua rintangan yang mendatang... Aku kuatkan kaki dan memperkukuhkan lagi kasih sayang padamu.. Walau aku di hina, aku diftnah, malah dikau mengkhianati ku dengan kata-kata dusta.. aku masih lagi menerimamu... walaupun dengan PERISTIWA ITu di mana sesiapa atau mana-mana wanita pun tidak akan mampu memefkan andai terjadi kepada mereka.. NAmun aku masih memeefkanmu.. menerimamu kembali dengan harapan segala kisah itu akan berakhir.. Tapi sayangnya langit tidak selalu cerah dan sekali lagi aku kau khianati... Apa akan aku lakukan.. Aku sudah cukup terluka.. Dan sedang aku cuba membalut luka itu, Kau tabur garam dan menambahkan lagi kesakitannya.. Kurang jujurkah aku? kurangkah kasih sayang yang telah ku curahkan?? Kutinggalkan segalanya hanya kerana aku ingin bersamamu.. tapi inikah balasan yang aku terima??? Begitu mudah kau melafazkan sayangmu.. begitu murah harga cintamu.. sungguh aku tidak pernah menyangka... Wanita bukanlah permainan, hati juga bukan bahan jajaan... sedarkah dikau aku menaggung segala bebanan hanya untuk bersamamu??? Aku yang menerima segala hinaan dan cercaan??? Aku bukan patung bernyawa yang tidak mempunyai perasaan... Hargailah kasih sayang yang ku curahkan... kerana aku amat mencintaimu setulusnya.. Jangan dikau sangka amarahku akan reda selalu.. Tiba masa aku akan meledak juga... Dan TIKA INI... AKU SENDIRI SUDAH TIDAK MERASAKAN CINTA ITU LAGI.... Maafkan aku...
Monday, July 6, 2009
~KemelUt~
Ape la perasaan yang aku alami ni.. semua ni bukan aku yang pinta.. aku tak pernah megharapkan segalanya jadi begini... Kemelut dalam diri tak pernah sudah-sudah... Aku berbelah bagi dengan keputusan yang aku buat malah aku sendiri tidak pasti apakah ini yang aku mahukan... Seringkali bila sendiri aku akan memikirkan perkara-perkara yang bukan-bukan... BIAR LUKA DALAM DADA,BIAR DERITA JIWA TERSIKSA, APA GUNA TAWA MESRA, MENAMBAH LUKA DIDALAM DADA... BIARLAH AKU PERGI... TAK USAH KAU CARI LAGI... RELA AKU, BERKELANA... DENGAN HATIKU.. YANG HANCUR LUKA..... Semakin hari aku terasa akan jurang iu semakin besar.. aku benci perasaan ini.. sumpah aku bencikannya... tapi kelukaan dan perasaan ini menguasai pemikiranku setiap masa... AKu keliru dengan segala yang berlaku... mungkinkah telah tiba masanya aku mengambil keputusan itu??? Aku ingin dia kembali kepangkuan insan-insan yang menyayanginya.. aku ingin dia mendapat yang terbaik dalam hidupnya.. aku mahu dia merasai kebahagiaan.. bukannya kesusahan bersama denganku.. bersamaku segalanya jadi perit.. bersamaku dia terpaksa merangkak mengharungi hidup... Aku sudah tiada apa-apa lagi.. hanya ada zuriat yang perlu kupikul tanggungjawab untuk mendidik dan membesarkannya.. Buah cinta ini akan ku jaga dengan sebaik-baiknya INsyaallah.. Tapi maafkan aku andai kiranya pada buah cinta tidak akan ku cerita barang sedikit pun perihal dirinya dan seluruh keluarga seta kehidupannya.. Aku mahu hidup berdua sahaja dengan buah cinta ku.. buah cinta yang telah banyak memberiku semangat.. Yang membantu aku meniti hari-hari dengan penuh kekuatan... Mungkin inilah masanya aku harus MENYERAHKAH DIa kembali kepada asalnya... dan Aku akan bersama dengan SEMANGATKu... KESAYANGANku... Bersama2 Hingga Keakhirnya... Insyaallah....
Saturday, July 4, 2009
~Panasss... Hangat,,,~
Beberapa hari lepas, terjadinya adegan-adegan panas yang lagi hangat... Aku hampir melakukan satu keputusan nekad yang mungkin menggembirakan beberapa pihak... Malah beberapa pihak juga akan terluka terutamanya aku... Biar aku terluka asalkan kebahagiaannya terjamin... hari demi hari keresahanku akhirnya terjawab namun entah apa lagi kisah yang akan muncul lagi selepas segalanya ini... ALLAH maha mengetahui.. segala yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya... kasih dan percintaan bertambah erat lagi.. ALHAMDULILLAH syukur... aku sangat-sangat besyukur di atas segala petunjuk yang diberi NYA.... INSYAALLAH... aku berdoa semoga keutuhan ini tidak akan tergugat lagi... Namun sekali ini sahaja peluang yang akan ku berikan... Andai di mungkiri segala janji aku akan berdiam diri dan maaf... Aku akan pergi...
Friday, July 3, 2009
~Akan Datang~
Hurm... Pindah rumah... terasa nak meng update tentang perpindahan yang sedang berlaku tetapi dek kepenatan yang amat sangat... Nanti2 jerla kot... Just nak share yang rumah baru ni Quite besar dari yang dulu....
Subscribe to:
Comments (Atom)