Wednesday, May 23, 2012

Cinta hatiku dengarkanlah...



Buat cinta hatiku yang jauh, setiap saat merinduimu membuat aku jadi tidak menentu. Kutahan airmata saat melihat kau pergi membuktikan aku kuat dan mampu berdikari, tidak ingin membimbangkan hatimu. Berjauhan membuat aku susah bernafas tapi aku sedar ini yang terbaik. Dikau ada tanggungjawab disana untuk kehidupan kita sekeluarga juga, usahamu tidak akan ku sia-siakan. Cinta hatiku tahukah dikau malam-malam yang digin terlalu sepi tanpamu,mujur ada putera cinta kita bersamaku hilanglah sedikit kekusutan dengan keletah manjanya.Tapi bila waktu menganjak pergi, si kecil lena dalam dakapan mimpi selalunya rasa sepi itu datang kembali menyengat hati hingga terasa pilu. Airmata menitis saban hari merinduimu.



Cinta hatiku, maafkan diri ini andai kekurangan yang ada pada diri ini menyesakkanmu. Terima kasih kerana sudi menemani kala suka dan duka. Terima kasih kerana sudi menerima diri ini walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Terima kasih kerana masih menghargai diri ini walaupun kadangkala dirimu tercabar dengan perlakuan diri yang agak melampaui batasan. Terima kasih kerana masih sudi menerima kucupan kasihku di jemarimu. Terima kasih kerana masih sudi mendakap dan mencium dahi ini dengan penuh keikhlasan.


Cinta hatiku maaf andai aku terlalu menekan perasaanmu, sesungguhnya tiap perkara yang memberi tamparan hebat dalam hidupku kuterima selama bersamamu menjadikan aku bukan diriku yang sebenar.Aku hidup dengan penuh persoalan.... Namun aku tetap bertahan kerana aku terlalu cintakan dirimu hingga akhir nafasku ini.