Takziah dariku untuk keluarga Abang sepupu ku Allahyarham Zali bin Esmail....
Arwah merupakan anak kelima dari enam adik beradik... Semasa kecil, kami merupakan sepupu yang agak rapat dan dia jugaklah penyebab aku terdorong ke kancah Tomboy suatu masa dulu.. Mana tidaknya.. Bayangkanlah, dia lelaki, aku perempuan.. Abang aku pun lelaki... so.. kawan-kawan aku semua lelaki.. agak kasar la aku dulu2.. Skang sedang transformasi perlahan-lahan kearah menjadi seorang wanita yang lembut..( Lembut ke???)... Arwah ni nama dia sebenar Zali, tetapi nama panggilan dari kecik sampai sekarang Atan... kalau nama gelaran lain plak.. Atan Rendek.. aku pun dah lupe macam mana dia leh dapat panggilan tu.. Ape2 pun.. aku sedekahkan Al- FAtihah kepada Rohnya.. semoga ALLAH menempatkan rohnya bersama-sama Insan yang soleh...
Amin.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Takziah juga buat seluruh Ahli keluarga Pakcik Mat Spring.. Aku tak tau nama sebenar Arwah... Arwah ni merupakan salah seorang Artis veteran Tempatan.. Arwah menyanyikan lagu-lagu dondang sayang dan lagu-lagu asli... Arwah seorang yang periang dan kelakar... Teringat satu show bersama Arwah suatu masa dahulu.. semasa menyanyikan sebuah lagu, Arwah menitiskan airmata, pertama kali aku melihat dia menitiskan airmata.. dia memberitahu aku, tiba-tiba dia berasa sunyi yang teramat dan kesedihan itu mencengkam lalu airmata terus keluar tak terhenti.. Dia sudah lama berseorangan, Isteri sudah meninggal dunia... tiada anak. Sempat dia bergurau katanya sebelum dia menutup mata dia teringin nak berkahwin lagi supaya nanti ada orang yang akan mendoakan dia... Al- Fatihah buat Pakcik Mat.. ( Tak sempat nak mintak ampun sebab selalu cucuk pinggang dia dan buat dia melatah...)
No comments:
Post a Comment