Malam ini ku sendiri.. tak ada yang menemani... seperti malam-malam.. yang sudah-sudah..
ades.. mata takleh nak lelap.. nak msg @ kol.. terasa ego ni tinggi.. layan fb sampai dah tak terlayan.. danish bangun dah berapa kali, minum susu, tukar pampers... tido balik.. aku? takleh nak lelap la.. pesal ntah.. Lately ni asyik sensitif jer, sikit-sikit nak hangin, sikit-sikt nak merajuk.. ntah aper la yang tak kena ngan aku ni.. nak kata pregnant, tak pulak...hishh.. tak suke la.. badan plak asyik lemah jer.. keje ntah ke mana.. aku ntah ke mana... sesak jiwa ni dibuatnya.... tiba-tiba timbul rasa sesal pulak... dah marah + merajuk tak tentu pasal.. skang ni menyesal.. tu la aku.. aku ni memang takleh nak marah lama-lama.. kejap jer lepas tu hati aku ni lembut balik.. orang belum pujuk, aku dah pergi mintak maaf dulu.. Aku jugak bila terjadi sesuatu.. mesti nak fikir dalam-dalam.. pro dan kontranya jika nak membuat keputusan.... bukan main hentam keromo dan mencipta situasi agar aku terselamat dan membiarkan orang lain terjerat... Aku salah, aku mengaku.. aku tak suka,aku beritahu.. mungkin sebab tu hubby tahan dengan aku kot.. aku suka meluahkan ape yang terbuku berbuku-buku di hati dan benakku... aku selalu berbincang.. untuk menyelesaikan segala isu yang timbul dengan sejujurnya...ikhlas dan tidak menyembunyikan sedikit pun kebenaran...
ok lah sekian sahaja... aku nak paksa mata ni tido... tetiba dah ngantuk dah...
No comments:
Post a Comment