Assalamualaikum..
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang yang telah memberi saya satu idea untuk membuka semula satu akaun untuk berblogging lagi...
Dahulu saya pernah mempunyai satu blog tapi telah ditutup dek kerana kesibukan dan tiada masa untuk berblogging. Hasilnya cumalah diari tulisangn tangan sahaja yang menemani saya sebelum saya tidur...
Saya baru didedahkan dengan satu fenomena.... iaitu... berblogging ini boleh membuatkan kita puas bila kita jadi pengecut dan takut untuk berhadapan dengan realiti... Kita boleh meluahkan segala-galanya malahan menulis apa sahaja mengikut kehendak hati kita... Tak kiralah untuk ditujukan kepada insan-insan tertentu sama ada secara terus atau berkias-kias...
agak lama tidak berblogging terasa janggal pula...
Tapi Insyaallah... Boleh la kot...
Salam Buat semua Blogger2 OtaI.....
Adinda yang baru nak melangkah ini mohon tunjuk ajar....
No comments:
Post a Comment