Saturday, April 18, 2009

Buatmu Mujahid

Kubiarkan rinduku bermusim,

Tidakku biarkan lagi resahku bermusim,

Ku biarkan ingatanku meruntun,

Tidakku biarkan lagi pengharapanku beralun.

Biarkan rinduku seringkali menggamit,

Ingatanku padamu akan tergaris,

Bila resahku mendesah,

Jawapanmu tidak lagi keluh kesah,

Cinta yang bertandang jua impian yang mendatang,

Keraguanku takkan lagi menjadi penghalang.

Untuk seketika biarku simpan rinduku di sudut kalbu,

Untuk sementara biarkupendam cintaku disegenap sukma,

Cintaku satu perasaan yang tidak dapat dipelajari,

Tetapi dialami,

Cintaku ini hanyalah secebis dari erti kehidupan,

Uniknya cinta kerana ia menjelmakan kasih saying yang ,

Teragung dan suci,

Kupercaya manusia membina sahsiah diri di muka bumi,

Bermodalkan kasih saying dan cinta.

Walau air mataku mengalir tidak henti,

Sederas air sungai tika musim tengkujuh,

Namun ku yakin,

perlahan-lahan duka dan sedih itukan berlalu pergi,

Hatiku bak pohon semalu disentuh terus menguncup layu,

Hatiku jua bagai kaca bila diketuk,

Retaknya ke seluruh sudut,

Hati… Berlagulah hanya dalam sepi,

Tabahlah menanggung beban duka sendiri.

Janji dan azamku…

Kanku perbataskan perbuatanku,

Kanku singkatkan perbualanku,

Kanku sekat gerak dan gayaku,

Kanku pelihara kesucian dan maruah diriku,

Tidakkanku terlalu murah senyumanku dengan mana-mana,

Lelaki ajnabi.

Kernaku tahu juaku mengerti,

Wanita solehah itu dipandang dari peribadinya,

Dilihat dari akhlaknya,

Ditinjau dari lemah-lembutnya,

Ditafsirkan dari susunan kata-katanya,

Kegagahan wanita berdiri diatas teguh imannya,

Dari sini wanita jua diriku diketahui segalanya.

Pandanglah kataku,

Renunglah dengan mata hatimu setulusnya,

Selamilah dasar hatiku berbisiklah pada dirimu,

Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan,

Tinggalkan kata-kataku yang menyimpang dari landasan kebenaran,

Seperti katamu yang ku semat dihatiku,

Hati ini milik-NYA

Cinta ini kerana-NYA

Hidup ini semestinya untuk-NYA

Pandangan mata selalu menipu,

Pandangan akal selalu tersalah,

Pandangan nafsu selalu melulu,

Dan pandangan hatilah yang hakiki,

Ketika iman sudah menghias hati,

Dan kemanisannya mula dikecapi,

Semua ujian tidak akan menggugat diri,

Kesunyian…

Kesedihan…

Dan kekecewaan…

Akan berganti…

Dengan keyakinan dan kesyukuran.

Jika tidakku perhati hikmahnya dengan mata hati,

Jika tidakku zuhud dalam pencarian cintaku,

Jika tidakku teguh mengukir senyum buat pengubat kerunsingan,

Jika tidakku Seikhlas jiwa semurni sanubari memohon,

Keampunan-NYA…

Jika tidakku titiskan airmata keinsafan,

Jika tidakku renung dan resapkan keyakinanku pada-NYA..

Mana mungkin aku dambakan kasih-NYA dalam iman?

Bagaimana pula boleh ku harap redha dari-NYA…?

No comments:

Post a Comment