Salahkah andai aku menegur?
Tiada yang sempurna, itu aku amat mengerti...
Tapi mengapa acapkali kau lakukan kesilapan sama serupa?
Belumkah puas hatimu memakan air mataku?
Atau kau ingin aku berpaling terus dan tidak menoleh lagi?
Kala rintih hatinya ku dengar
Hatiku turut merintih
Ku kata pada diri
Kita senasib rupanya
Lalu harus bagaimana lagi?
Jika bukan kau yang mengambil tahu...
Takkan kau harapkan aku setiap masa?
Kau mahu aku mendukung tanggungjawab ini juga?
Tidak cukupkah apa yang kugalas sekarang?
Perlu dibahagi dua kah diri ini
Biar semua puas
Biar kau bebas
Tak perlu ambil tahu lagi
Kerana aku sahaja sudah memadai mengambil tahu?
Mengambil endah?
Lalu kau?
Lepas tangan?
Benar aku terasa...
Sangat2 terasa
Hingga terdetik dihati
Ingin menyesali segalanya
Tapi salah.. Salah kalau aku menyesalinya
Kerana kau anugerah terbaik untuk hidupku
Aku berhutang budi dan nyawa padamu
Lalu bagaimana?
Ku pendam sahaja sakit ini?
Rajuk ini?
Dan berpura pura tersenyum manis?
Walhal seribu kepahitan itu kutelan sendiri?
Sunday, March 24, 2013
Rajuk hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment