Saturday, September 24, 2011

Tersinggung....

          Agak tersinggung dengan beberapa status yang saya baca di laman-laman sosial mahupun email yang diterima..... Meluat melihat tulisan-tulisan dan kata-kata tidak puas hati yang diluahkan. Tidak pernah ada rasa bersyukur kerana dilahirkan di negara yang aman? Sentiasa suka mengejek dan menghina sesama sendiri. Saya hanyalah seorang warganegara biasa yang tergolong dalam golongan sederhana.

       Kasihan melihat insan-insan yang bertikam lidah demi merebut sebuah negara yang terang-terangnya aman damai tanpa peperangan. Sebuah negara yang selama ini tanah dipijak dikongsi bersama. Kalau cemburu dengan kekayaan dan kemewahan orang yang berjaya, tanamkanlah azam dihati,ubah nasib diri dahulu barulah betul. Jiakalau sekadar mengeluh,menghina dan mempertikaikan kemewahan orang lain tetapi pada diri APA PUN TAKDE.. Tak perlu mendabik dada menunding jari ke sana sini, kerana akhirnya kamu akan berakhir dengan diri kamu yang biasa-biasa sampailah bila-bila.

    FIKIR-FIKIRKANLAH....


JANGAN ASYIK MEMPERSOALKAN APA YANG NEGARA TELAH LAKUKAN UNTUK DIRI KAMU....

SEBALIKNYA...

TANYALAH DIRI KAMU APA YANG TELAH KAMU SUMBANGKAN UNTUK NEGARA???


SAYA TETAP BANGGA SAYA ADALAH ANAK MALAYSIA....
SAYA BANGGA SAYA RAKYAT MALAYSIA...
BUKAN KERANA MALAYSIA HEBAT DI PERSADA SUKAN MAHUPUN EKONOMI...
TETAPI SAYA BANGGA KERANA SAYA DILAHIRKAN DI MALAYSIA DI MANA RAKYATNYA SANGAT BERSOPAN SANTUN DAN BERBUDI BAHASA...
RAKYATNYA SALING MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN....
INILAH MALAYSIA YANG SAYA KENAL DAN CINTA....


P/S : Kepada segelintir penumpang di Negaraku yang Tercinta,
         yang sentiasa tidak berpuas hati.. 
        Tak payah duduk Malaysia lagi bagus. 
        Pergi cari negara lain yang lagi baik dari Malaysia.... 
        Menyemak jer kat Negara  Berdaulat ni....
        Pi jadi hamba kat negara lain....

No comments:

Post a Comment