Wednesday, December 22, 2010

Kejadian itu...

Lunch ditengahari bersama teman2.... tiba2 seorang budak lelaki membetulkan zip seluarnya di hadapanku... Fizikal luarannya nampak seperti seorang budak lelaki normal... Namun tatkala dia duduk dimeja makan gerai itu, dia menepuk2 tangannya dan seakan2 sangat gelisah barulah ku sedari yang dia bukanlah senormal yang ku sangka...satu keluarga, enam orang, Ayahnya, ibunya,  mungkin dua adik lelakinya dan seorang adik perempuan.


Si ibu memanggil budak tersebut untuk duduk disebelahnya yang mana tempat itu telah diduduki adik perempuannya tadi. budak lelaki itu menggeleng2 dan menghentak2 meja tanda tidak setuju. Tiba2 aku terdengar si adik perempuan bersuara,


" Takmau2... Jangan bagi dia duduk dekat sini, biar dia duduk jauh2... Jangan dekat2.. tak mahu2... tak suka... biar dia duduk seorang2 kat hujung tu."


Si ibu menelan liur mendengernya.


Aku yang mendengar terus tersentap di hati... Ya Allah.. kasihannya budak itu, sudahlah berkeadaan istimewa, Adik sendiri tidak mahu mendekatinya... Apalah agaknya yang terdetik dihati budak itu bila di perlakukan sedemikian. Aku hanya memerhatikan sahaja. Sedih, melihatnya.


Apa agaknya yang akan terjadi andai ibu dan bapa dia tiada lagi nanti, terdetik di hatiku... Adakah dia akan dibela atau terus disisih dan dihina saudara sendiri... Tidak sanggup aku membayangkannya...


Hingga saat aku berlalu dari gerai tersebut aku masih terpandang budak itu... Sayu hatiku...


Nasib manusia kan? Kita tak tahu apa yang akan terjadi... 

No comments:

Post a Comment