Tuesday, July 13, 2010
~Sedih~
Sedih hati ini, sangat-sangat berkecil hati.....
Sedih melihat karenah orang-orang yang hidupnya hanyalah menongkat langit...
Sedih bila terkenang pernah suatu ketika...
Seorang anak gadis duduk bersama seorang wanita...
Wanita itu begitu tabah dan kuat...
Wanita itu menceritakan segala keperitan hidupyang harus ditempuh,
Kesusahan dan kedukaan yang dilalui amat memilukan,
Mencari rezeki yang halal bersama suami tercinta,
Mengumpul harta untuk kesenangan hari tua...
Berhempas pulas bekerja siang dan malam...
Demi mahu memberi kehidupan yang selesa untuk anak-anak tercinta...
Kini setelah berhempas pulas diusia muda,
Segalanya telah diperolehi, cukuplah untuk keselesaan sekeluarga...
Si anak telah meningkat dewasa..
Sayangnya, si anak tidak mewarisi kekuatan dan keazaman orang tuanya...
Si anak hidup gah mendabik dada...
Pakaian dan segala perhiasan mahupun wangian diri...
Semuanya mahu yang berjenama....
Hingga si anak alpa dengan realiti hidupnya sebenar...
Belanjanya melebihi kemampuan sendiri...
Sedih sungguh hati ini...
Kerana pernah melafazkan janji...
Akan menjaga si anak ibarat darah daging sendiri...
Sangat-sangat sedih sekali...
Bila telah menghampakan hati wanita itu...
Tanpa wanita itu mahupun suaminya mengetahui kebenaran....
Bahawa si anak nun jauh diperantauan ini...
Hidupnya bermalas-malasan...
Bersukaria dan tidur sepanjang masa....
Pernah ku lontarkan kata-kata nasihat...
Agar si anak keluar mencari punca pendapatan...
Namun si anak hanya memandang sepi segalanya...
(Akan Bersambung )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Perlukah ku olah lagi kesedihan ini?? Mungkin bagus terhenti di sini sahaja...
ReplyDelete