Aku pernah melakukan kesilapan... Alhamdulillah aku mengaku dan aku sedang berubah... Aku tidak pernah malu mengaku kesilapanku, aku sedar seandainya aku berusaha sedaya upaya menyembunyikan segala yang telah berlaku kelak pasti akan terbongkar jua... Aku bukanlah hipokrit yang mendabik dada dan berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku, Bangkai gajah... kalau ditutup, lama kelamaan akan berbau jugak... Kadangkala aku kurang mngerti kenapa manusia suka bermuka-muka? Di belakang berbagai-bagai kata yang keluar, bermacam-macam hinaan dan tohmahan.... tetapi apabila berdepan, manusia itu berpura-pura seperti tiada apa-apa...Berlagak lemah lembut dan gemalai walhal caci maki adalah mainan bibirnya... Kasihan sungguh aku pada insan-insan yang merasakan dirinya itu BAGUS.... Kasihan kerana Insan itu hidup dengan kenangan dan bayang-bayang yang akan mengekorinya sehingga ke liang lahad... Bersembunyilah... tutuplah segalanya... ALLAH itu Maha Adil...
Aku benci sesungguhnya apabila terpaksa melakukan reverse psyco seperti ini.... tapi kadangkala aku muak melihat perangai insan-insan yang hidupnya memakai TOPENG... TOPENG yang menunjukkan kesempurnaan dan kebaikan dirinya sedangkan apa yang ada disebalik topeng itu adalah sesuatu yang dasyat dan buruk... Hurm... dunia-dunia....
No comments:
Post a Comment