Sunday, March 24, 2013

Rajuk hati

Salahkah andai aku menegur?
Tiada yang sempurna, itu aku amat mengerti...
Tapi mengapa acapkali kau lakukan kesilapan sama serupa?
Belumkah puas hatimu memakan air mataku?
Atau kau ingin aku berpaling terus dan tidak menoleh lagi?
Kala rintih hatinya ku dengar
Hatiku turut merintih
Ku kata pada diri
Kita senasib rupanya
Lalu harus bagaimana lagi?
Jika bukan kau yang mengambil tahu...
Takkan kau harapkan aku setiap masa?
Kau mahu aku mendukung tanggungjawab ini juga?
Tidak cukupkah apa yang kugalas sekarang?
Perlu dibahagi dua kah diri ini
Biar semua puas
Biar kau bebas
Tak perlu ambil tahu lagi
Kerana aku sahaja sudah memadai mengambil tahu?
Mengambil endah?
Lalu kau?
Lepas tangan?
Benar aku terasa...
Sangat2 terasa
Hingga terdetik dihati
Ingin menyesali segalanya
Tapi salah.. Salah kalau aku menyesalinya
Kerana kau anugerah terbaik untuk hidupku
Aku berhutang budi dan nyawa padamu
Lalu bagaimana?
Ku pendam sahaja sakit ini?
Rajuk ini?
Dan berpura pura tersenyum manis?
Walhal seribu kepahitan itu kutelan sendiri?

Friday, March 15, 2013

Those precious moment...





































Biar gambar berbicara...
selalu aku tertanya dimanakah kalian semua?
Dimanakah jalinan perhubungan kita dahulu?
memilih haluan masing2?
Dengan siapakah aku sekarang?
Imbasan wajah kegembiraan terpancar di setiap foto...
rindu kalian semua...


Monday, March 11, 2013

Lama

Lama benar tak ke situ
Lama sungguh tak berjumpa kamu
Lama amat rasanya masa berlalu
Lama aku termenung sendiri
Lama juga aku begini
Lama aku tidak memenuhi kehendak yang satu itu
lama sudah segalanya tak kulakukan

selalu aku bertanya... masih yang LAMA kah AKU ? Atau AKu yang LAMA, dah LAMA hilang?



Monday, December 10, 2012

No life...

Dari RTC ke MAHA teeus pulak dengan BIMP EAGA IMT-GT dan sambung pula SDSI..
Phewww... istilah cuti sabtu ahad macma dah terkubur la dek kerana event yang banyak dan dekat2 plak tu... Ni baru habis SDSI boleh pulak ada RTC hari bersama pelanggan... Mati lah macam ni... Kesian anak... Dua minggu rumah mertua.. Seminggu rumah mak.. Bila masanya aku nak spent time dengan anak yang tengah meningkat dewasa ni?

Aku nak pilihkan pendidikan awal yang terbaik pun susah... Tak sempat... Takde masa...

Sabar ye anak... Ummi akan pastikan kita ada masa untuk dihabiskan bersama...

Kepada yang menudh kakitangan kerajaan duk makan gaji buta je... Masuk ofis pastu goyang kaki... Meh la keje di UPEN... Baru rasa erti goyang kaki ke... Panas punggung...

Tak paham??

betul betul tak faham lah.. Kenapa asyik aku jer yang kena tersepit?
Tiap-tiap kali asyik aku juga yang kau jeritkan...
Masalah korang sesama sendiri janganlah nak jadikan aku ni sebagai tempat melepaskan geram...
Aku ni masih ada rasa hormat lagi pada kau...
Kenangkan hieraki je...
Kalau nak ikut perasaan macam yang kau selalu buat kat aku dengan yang lain  mahu berbakul kau makna maki hamun aku tau tak??
Aku diam... Diam... Makin galak la pulak kau kan??
Kau tu keje dahlah menggelabah tak menentu...
Benda kecil je kau dah terjerit-jerit macam pontianak gile talak..
Kau tak perfect la...
Kau keje huru hara.. Langsung tak sistematik...
Kalau orang komen kau macam ni..
Mampus kau mengamuk kan?
So semua orang dah malas nak dengar ku menjerit2 sebab tu semua orang ikut je..
Kau nak harap komitmen yang tinggi dari semua sampai tinggal anak,laki, abaikan family dengan alasan ku boleh buat.. Kenapa kitaorang tak boleh...
Kau tu gaji berapa... Mampu gajikan maid.. Boleh la..
Kitaorag ni?? Main campak2 je anak ke? laki biarkan kebulur?

Hahhh kan aku dah naik hangin..

Nasib baik lah au boleh berfikir dengan waras lagi...
Masih boleh terima in a positif way...
So aku tahan je la..
Aku nak tengok sampai mana la kehebatan kau tu...
Kau belum nak kena kan??