Ya Allah.. sedihnya, tak henti airmataku ini... semakin lama manusia semakin tidak berhati perut, Baru sebentar ku tonton video yang dikonsi rakan di FB tentang budak yang dilanggar di China... Nyawa seakan tidak berharga lagi. Macam-macam hal yang berlaku sekarang ni... Kes buang bayi... langgar dan lari... Ya Allah... Hatiku hiba memikirkannya. Kurenung kearah anakku yang sedang tidur aku bersyukur Ya Rabbi kerana KAU telah menganugerahkan anak ini kepadaku. Biar apapun akan kudidik dan kubesarkan dengan sepenuh kasih sayang. aku takut Ya Allah... Aku terlalu takut kehilangan kekasih kecilku ini. Ya Allah, aku bersyukur kerana KAU memberiku peluang untuk membesarkan dia. Hina sungguh manusia yang sanggup membunuh anak-anak kecil dan bayi-bayi yang tidak berdosa. Menyakiti tubuh mulus hadiah dariMU Ya Rabbi..
Ya Allah, setiap apa yang KAU jadikan dan setiap apa yang KAU rencanakan adalah Rahsia Mu dengan hikmah yang terselindung. Aku hanyalah hambaMU yang lemah dan tidak berdaya, KAU pimpinlah aku Ya Allah, KAU berikanlah aku kesabaran dalam mendidik dan membesarkan zuriat pinjamanMU ini.
Aku semakin takut dengan rencah dunia yang tidak pernah selamat ini. Apalah dosa si kecil itu bila kau campakkannya dari tingkat atas? Apakah dosa bayi itu bila kau melakukan kemungkaran kau bungkuskannya didalam plastik dengan niat membunuhnya? Sesak dadaku bila tiap kali menyelak dada=dada akhbar pasti sahaja ada kejadian bayi DIBUNUH dengan kejam. Tidak layakkah mereka dilahirkan didunia dan mengecapi hidup seperti manusia lain? Janganlah kau bicara soal malu, kerana ketika itu kau melakukan segala aksi dan terjadinya sikecil itu kau tidak pernah memikirkan apa akibatnya? BERTANGGUNGJAWABLAH.... atas apa yang telah kau lakukan wahai ibu2 yang membunuh anaknya sendiri, darah dagingnya sendiri. Sehingga mati kau akan dilaknat Ibu-ibu lain kerna menjadi pembunuh... Biarlah andai selelaki tidak mahu memikul amanah yang diberi ALLAH, sebagai seorang wanita dan seorang ibu, kau harus perjuangkan anak yang kau kandung. Biar seluruh dunia mencerca dan membuangmu sesungguhnya ALLAH ada disisimu, DIA yang menentukan nasib dirimu kelak... Kemuliaanmu melahir dan membesarkan anak itu dengan kasih dan sayang serta didikan yang baik Insyaallah... Suatu hari anak itu akan membela nasibmu hingga hujung nyawamu.
ALLAH MAHA BESAR, MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANYANG....
Syukur kepadaMU sekali lagi Ya ALLAH... Kerana mengizinkan aku meneruskan perjuangan dalam membesarkan zuriat yang kau kurniakan... Sesungguhnya aku bahagia dengan pemberianMU yang tidak ternilai ini.
Wednesday, November 9, 2011
Friday, November 4, 2011
Thursday, November 3, 2011
Sambutan Hari Lahir 19 & 26 Oktober 2011
A little late for uploading.....
Happy Birthday To :
Cik Anie
Encik Farhan
&
Puan Fazean
The Cake.....
All The People....
Birthday Boy & Girl's....
Happiness...
Mr Farhan....
The Food......
Monday, October 17, 2011
Mood Marah!!!!!!!
Bikin panas betullah... Dah lamas angat dah sabar dengan perangai buruk kau ni tau tak... hrmatlah sikit orang-orang yang lagi tua dari kau.. Kau asyik ikut kepala kau jer... Takkan nak aku hantar kau pergi kursus budi bahasa pulak? Kalau dengan jantan bukan main lagi kau.. Suara lemah lembut... kalau dengan mak ayah, adik-adik wahhh bukan main naik lagi tocang kau.. Naik muak aku kalau balik jer duk terhegeh2 nak berbaik2 ngan kau padahal kau punya muka macam T**k tau tak!!!!!!!!!!!!!
eeeeeeeeee Gerammm Betullahhhh....
Aku dah malas dah... Aku dah naik meluat dengan perangai kau.. so lepas ni jangan harap lah aku nak peduli ape-ape pasal ko... aku tak balik lama pun sebab malas nak tengok muke ko tuh... bikin panas jer...
Sunday, October 9, 2011
.............
Dikau adalah anugerah ALLAH yang paling berharga dan amat ternilai bagi diriku,
Namun aku hanyalah bebanan untuk kau mencapai segala impianmu,
Maafkan aku andai akulah penghalang kejayaanmu,
Akan ku terus berada disisimu dan menyokongmu agar kau kecapi hidup yang kau inginkan,
Akan ku doakan agar segala impianmu menjadi kenyataan,
Dan bila tiba saat itu, kan aku melangkah jauh dari hidupmu,
Kerana ku tak ingin nasib malangku terpalit pada kejayaanmu...
Aku akan terus merindu dan menyintaimu dari jauh..
Akan ku berikan Kebebasan yang tak pernah kau dapati selama bersamaku...
Aku tahu kau ingin bebas... maafkan aku andai aku memaksamu berada sedetik disisiku..
Sungguh aku amat menyintaimu seluruh ragaku...
Sungguh aku tak keruan bila kau tiada disisiku..
Sungguh aku rindu bila kau berjauhan dariku...
Biarlah masa menentukan segalanya...
AKu pasrah apa jua keadaannya....
Subscribe to:
Posts (Atom)









