Friday, July 30, 2010

~Rasa Ini~

Rindu sungguh...
Pada Raut wajah mulusmu...
Pada telatah dan gelak tawamu..
Pada jenaka dan senyummu..
Pada nasihat jua belaian kasihmu...
Dirimu insan yang amat memahami...
Kau sentiasa ada disitu..
saat ku memerlukan...
pangkuanmu tempat ku curahkan rahsia...
bahumu tempatku luahkan rasa...

Kini kau telah tiada lagi...
Kau telah pergi meninggalkanku...
Selama-lamanya..
Pergi kepada NYA...
Menyahut seruan-NYA....

Pada angin lalu kubisikkan segalanya...
Ku ceritakan semuanya...
Kerana hingga kini tiada yang bisa menggantikanmu...
Kau permata berkilau...
Kau insan yang sangat istimewa...
Paling Istimewa dalam hatiku....

Walupun kita dipisahkan...
Dalam ruang dan juga waktu...
Kita kini di alam yang jauh berbeza...
Namun kasih sayangmu masih kurasai...
Kasihku padamu jua tidak berubah...

Saat ini...
Hatiku sayu dan terluka...
mengingatimu adalah suatu penyiksaan  bagiku...
Airmata ini tidak dapat kutahan lagi...
Menangis jua....

Al-Fatihah kuhadiah untukmu....
Semoga kau berbahagia DI SANA....
Amin....

Monday, July 19, 2010

~Bila~

Bila tidak lagi kenal siapa sahabat,
Tidak tahu hendak mulai bicara bagaimana,
Bila kasih sayang mula pudar,
Dekat pun terasa jauh,
Bila hati mulai terluka,
Memandang wajah pun tiada guna,
Bila nasihat tidak diendah,
Membisu adalah cara termudah,
Terfikirkah di minda,
Apa dan dimana silapnya?
Atau hati meracun jiwa,
Agar menutup mata,
Buat-buat tiada apa...

Thursday, July 15, 2010

~Tak Sama~

Aku Kau Dia Mereka Berbeza,
Nasib semua tidak sama,
Hidup jua jauh berlainan cara,
Bahagia kamu dalam kehidupan..
Derita dia siapa yang tahu..
Luka hatiku jua sepi sendiri...

Kamu beruntung bertuah,
Aku kosong saja begini...
Kamu punya matlamat...
Mereka langsung tidak tahu mana hendak dituju...

Kejadian kita semua adalah berbagai-bagai...
Ajaib kan, KEBESARAN ALLAH S.W.T????

Tuesday, July 13, 2010

~Sedih~


Sedih hati ini, sangat-sangat berkecil hati..... 
Sedih melihat karenah orang-orang yang hidupnya hanyalah menongkat langit... 
Sedih bila terkenang pernah suatu ketika...
Seorang anak gadis duduk bersama seorang wanita...
Wanita itu begitu tabah dan kuat...
Wanita itu menceritakan segala keperitan hidupyang harus ditempuh,
Kesusahan dan kedukaan yang dilalui amat memilukan,
Mencari rezeki yang halal bersama suami tercinta,
Mengumpul harta untuk kesenangan hari tua...
Berhempas pulas bekerja siang dan malam...
Demi mahu memberi kehidupan yang selesa untuk anak-anak tercinta...


Kini setelah berhempas pulas diusia muda,
Segalanya telah diperolehi, cukuplah untuk keselesaan sekeluarga...
Si anak telah meningkat dewasa..
Sayangnya, si anak tidak mewarisi kekuatan dan keazaman orang tuanya...
Si anak hidup gah mendabik dada...
Pakaian dan segala perhiasan mahupun wangian diri...
Semuanya mahu yang berjenama....
Hingga si anak alpa dengan realiti hidupnya sebenar...
Belanjanya melebihi kemampuan sendiri...


Sedih sungguh hati ini...
Kerana pernah melafazkan janji...
Akan menjaga si anak ibarat darah daging sendiri...
Sangat-sangat sedih sekali...
Bila telah menghampakan hati wanita itu...
Tanpa wanita itu mahupun suaminya mengetahui kebenaran....
Bahawa si anak nun jauh diperantauan ini...
Hidupnya bermalas-malasan...
Bersukaria dan tidur sepanjang masa....
Pernah ku lontarkan kata-kata nasihat...
Agar si anak keluar mencari punca pendapatan...
Namun si anak hanya memandang sepi segalanya...


(Akan Bersambung )

Friday, July 9, 2010

~Lalalalalala~

              Hari ini, Berjaya meluahkan segalanya dan berjaya jua menyerahkan segala beban yang sepatutnya dipikul oleh insan lain. Maaf la yer, berada disini bukanlah boleh berdendang-dendang sahaja. Kamu belum tahu lagi Tanggungjawab sebenar yang kamu akan pikul. Diharap apabila kamu mulai sibuk nanti, kamu tidak akn mengganggu sesiapa masa mereka sibuk yer.... 
            Tolonglah hentikan segala karenah kamu yang konon-kononnya "MANJA" tu kan? ieewwww.... geli la sayang oiii... Langsung tidak berkenan. Kita memang tidak serasi bersama, sebulan sudah berlalu pernah jua cuba untuk "Menerima" Kamu sebagai teman seperjuangan tapi semakin cuba semakin MELUAT pula....
            All The Best... Jangan Kepochi sana-sini.... tau ke semua orang kat sini Meluat dengan Kamu... TOLONG SEDAR Ok????