Wednesday, November 11, 2009
~ Apa????~ ( Sekadar coretan kosong)
Aku benci sesungguhnya apabila terpaksa melakukan reverse psyco seperti ini.... tapi kadangkala aku muak melihat perangai insan-insan yang hidupnya memakai TOPENG... TOPENG yang menunjukkan kesempurnaan dan kebaikan dirinya sedangkan apa yang ada disebalik topeng itu adalah sesuatu yang dasyat dan buruk... Hurm... dunia-dunia....
~ 11/11/2009 ~
Allah selamatkan Kamu..
Allah selamatkan...
Danish Amani Afif.....
Allah selamatkan kamu.....
Selamat hari jadi...
Selamat hari Jadi...
Selamat hari Jadi Danish....
Selamat hari jadi....
Hari ini genaplah usia kesayangku Setahun....
Hidupku selama ini disinari keceriaan dan kebahagiaan bersama dengan suami dan anak tercinta...
Aku bahagia dapat melihat dan membesarkan zuriat Kurniaan TUHAN YANG MAHA ESA...
Aku bersyukur kepadaNYA....
Keletah manja dan Kenakalannya menjadi penyeri hidupku dan suami....
Alhamdulillah Ya ALLAH... KAU izinkan diri ini bernafas lagi dan dapat menyentuh serta membelai AmanahMU....
Insyaallah akan ku didik amanahMU ini agar MENCINTAIMU...
Agar dia tidak mengikut jejak langkahku yang telah jauh tersasar...
Kepada yang tidak dapat bersama dengan anak yang telah dikandungkan.... tidak kiralah apa situasinya...
Tidak dapat membelai tubuh mulus yang pernah mendampingi tubuh selama sembilan purnama... Tidak dapat melihat dan meraikan ulangtahun Kelahirannya... Dan yang paling menyedihkan tidak mampu mengaku bahawa dia pernah melahirkan malah pernah hampir membunuhnya....
Harap bersabarlah... Setiap yang berlaku ada hikmahnya....
Wednesday, September 9, 2009
~Doa Seorang Isteri~

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetolkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkou redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu
Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..
Wednesday, August 5, 2009
yesterday plus today...
yesterday...
lepak2 kat rumah lepas tu petang hubby ajak g Gym... hurm.. good idea jugak tu.. I follow...
dah lama tak menjejakkan kaki ke gym... dan agak lama dah aku tak bersukan... tapi aku enjoy sebab banyak peluh keluar.. rasa sihat....
Today...
Danish dah beransur pulih... Menu hari ini.. nasi ayam... best... rugilah orang tu balik, tak dapat rasa nasi ayam CINTA.. ahahahahahahaha..... malas nak upload gambar.. takut ti ada orang meleleh2 air liur tengok... dekorasi jer dah buat orang tak sabar nak terkam.... k.. GTG...
Saturday, July 25, 2009
~Kosong~
Liuk lentoknya sukar kuramal..
Kekiri laju.. kemudian beralih kekanan perlahan...
Irama apakah itu???
Kelam dan keliru...
seakan ada sesuatu yang cuba disampaikan....
Berceritakah ia kepadaku??
Berpantunkah??? Bernyanyi???
Mengapa sukar ku terjemahkan???
Bukankah itu jari jemariku???
Mengapa aku sukar sekali menafsir???
Sudah hilang kemana agaknya aku?
Kini aku kehilangan..
Kehilangan deria merasa..
Merasa setiap liuk pergerakan jemariku..
Kenapa otakku tidak membantu???
Ahh aku keliru sudah...
Pastinya kerana fikiranku..
Belum tenang dan tenteram...