Wednesday, September 9, 2009

~Doa Seorang Isteri~



Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetolkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkou redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin Ya Rabbi Allamin..

Wednesday, August 5, 2009

yesterday plus today...

Danish demam.. tapi alhamdulillah dah sihat dah... syyhhh... dia tengah tidur...

yesterday...
lepak2 kat rumah lepas tu petang hubby ajak g Gym... hurm.. good idea jugak tu.. I follow...
dah lama tak menjejakkan kaki ke gym... dan agak lama dah aku tak bersukan... tapi aku enjoy sebab banyak peluh keluar.. rasa sihat....

Today...
Danish dah beransur pulih... Menu hari ini.. nasi ayam... best... rugilah orang tu balik, tak dapat rasa nasi ayam CINTA.. ahahahahahahaha..... malas nak upload gambar.. takut ti ada orang meleleh2 air liur tengok... dekorasi jer dah buat orang tak sabar nak terkam.... k.. GTG...

Saturday, July 25, 2009

~Kosong~

Kutarikan jemariku...
Liuk lentoknya sukar kuramal..
Kekiri laju.. kemudian beralih kekanan perlahan...
Irama apakah itu???
Kelam dan keliru...
seakan ada sesuatu yang cuba disampaikan....
Berceritakah ia kepadaku??
Berpantunkah??? Bernyanyi???
Mengapa sukar ku terjemahkan???
Bukankah itu jari jemariku???
Mengapa aku sukar sekali menafsir???
Sudah hilang kemana agaknya aku?
Kini aku kehilangan..
Kehilangan deria merasa..
Merasa setiap liuk pergerakan jemariku..
Kenapa otakku tidak membantu???
Ahh aku keliru sudah...
Pastinya kerana fikiranku..
Belum tenang dan tenteram...

Friday, July 17, 2009

~Peristiwa~

BAnyak perkara berlaku beberapa hari ni... Hubby ke Kedah.. ada function TM... Balik tak sampai berapa hari dah ke KL pula... Tm lagi la... Isnin Aku dan Hubby ke KL semula untuk mengahadiri meeting dan buat presentation... School of X produk baru Celcom.... Hubby kena g 25 buah sekolah sekitar JB untuk mempromosikan S.O.X dan mengedar borang penyertaan S.O.X Star.... Khas untuk adik-adik sekolah menengah saja ok... selesai presentation pertama kami menginap di Tunes hotel (TAjaan BadBoy EVeNt ManaGement) boleh tahan la bilik dia.. agak kecil dan tiada TV... DIULANGI... TIADA TV... Bosan dow... sebab takder Tv dan bosan kami suami isteri keluar merayau ke Danau KoTA jalan2 cuci mata.. sambil telan air liur sebab sekarang tengah budget.... keesokannya(selasa) ke pejabat besar Celcom... Besar la.. MAIN OffIce katakan... staff2 dia.. dressing.. pergh.... jatuh serban tok imam... paham-paham sudah... selesai segala meeting berangkat pula ke Shah Alam menjenguk adik ipar di UitM yang sedang menjalankan pra Ijazah Perubatan sebelum terbang ke Ireland dan melanjutkan pelajarannya ke sana... makin hensem... macam Fahrin adik aku sorang ni... makan2.. lepak jap then jumpa adik angkat kesayangan hubby.. Pojie... jalan2 ke Up Town Shah Alam pula... settle.. balik Melaka... Balik rumah mak aku, kemudian tidur dengan mesra penuh kerinduan bersama anak tersayang....

Hari ini aku ke Kl lagi.. ada function GEMPAK ASTRO khas untuk vendor2... dan Press... Aku macam biasa la menyanyi... lokasi adalah di hotel ROYAL CHULAN... Hotel baru, agak menarik la.. sebab menerapkan keindahan seni ukir melayu... ramai artis2 AF yang hadir dan sempat pula aku beramah mesra dengan HALIMAH JONGANG
( Sape? kalau umah ada atro mesti tau sape dia...) Zahid pun peramah juga.. Farhan... pun peramah... yang lain2... biasalah artis baru nak naik... muka masing2... berlagak.. tak lupa juga Abang AwoKKk @ Aril AF7... Luar Tv dalam TV sama je perangai dia.. hyper aktif.... Ehem2.. Johan datang dengan awek... Lisa Surihani pula comel jer orangnya.. alahai... settle function.. sampai Melaka balik dalam kul 6.30, teus gi umah mak dan tunggu hubby amek.. Lepas tu kami ke JJ dan menikmati makanan yang best di Windmill... yum yum yum... jalan2.. cuci mata lagi...

Sunday, July 12, 2009

~HamiL~

Tanda-tanda kehamilan dan bagaimana mengesahkannya

PETANDA-PETANDA KEHAMILAN

Setiap wanita perlu mengetahui apakah gejala-gejala serta tanda-tanda yang boleh dialami oleh mereka apabila mereka menjadi hamil. Pengetahuan ini amat penting supaya mereka dapat membezakan di antara masalah kesihatan dengan perubahan fisiologi yang sepatutnya tidak membimbangkan mereka. Gejala-gejala dan tanda-tanda yang dipaparkan di bawah adalah bersifat umum dan banyak keadaan lain yang boleh menjadi puncanya, apa yang penting adalah setiap wanita perlu mendapatkan nasihat doktor jika sekiranya gejala-gejala ini berpanjangan dan membebankan.

Berikut adalah beberapa gejala dan petanda bahawa seseorang wanita itu mungkin telah hamil:

  1. Tidak kedatangan haid terutama di kalangan wanita-wanita yang mempunyai haid yang tetap. Pendarahan haid tidak berlaku kerana korpus luteum yang terbentuk tidak menjalani proses degenerasi (pengecutan). Dengan sebab itu kandungan hormon progesteron yang dihasilkan olehnya tidak menurun seperti mana yang berlaku ke atas wanita-wanita yang kedatangan haid. Korpus luteum ini tidak mengalami degenerasi disebabkan oleh kehadiran hormon Beta-HCG.
  2. Sakit pada payudara. Sakit pada payudara boleh dialami seawall 1-2 minggu kehamilan. Payudara mungkin mengalami perubahan seperti kelihatan membengkak, lebih sensitive pada sentuhan dan puting susu kelihatan lebih kehitaman. Perubahan payudara ini sama seperti yang dialami oleh sebahagian wanita sebelum mereka kedatangan haid ataupun ketika mengambil pil perancang keluarga.
  3. Loya dan muntah. Loya dan muntah dikatakan mempunyai kaitan dengan kandungan hormone beta HCG. Di dalam istilah melayu ianya juga dikenali sebagai alahan dan dalam bahasa inggeris dikenali sebagai “morning sickness”. Loya dan muntah ini boleh berlaku sehingga usia kandungan mencapai 12-14 minggu dan yang paling ketara adalah di antara usia kandungan dari 2-8 minggu. Loya dan muntah boleh dialami bila-bila masa samada pada waktu pagi, petang ataupun malam. Terdapat juga wanita-wanita yang bernasib baik dan tidak mengalami loya dan muntah ketika hamil tetapi terdapat juga wanita yang mengalami loya dan muntah yang serius. Loya dan muntah yang serius boleh menyebabkan wanita berkenaan kehilangan air dan mineral dan mereka mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan pemulihan. Keadaan loya dan muntah yang serius ini dikenali sebagai “hyperemesis gravidarum”.
  4. Mudah keletihan. Semasa hamil, kadar metabolisma badan meningkat untuk menampung keperluan tumbesaran anak di dalam kandungan. Ini akan menyumbang kepada rasa letih dan peningkatan hormon progesterone semasa hamil juga dikatakan boleh menyebabkan wanita hamil selalu mengantuk dan menghabiskan masa mereka dengan tidur. Kebanyakan wanita-wanita yang hamil ini akan kembali bertenaga apabila usia kandungan mencapai 12 minggu ke atas. Walau bagaimanapun keletihan ini mungkin akan berulang apabila berat kandungan yang membesar mula memberi beban ke atas wanita-wanita berkenaan.
  5. Kembung perut. Perut kembung dikaitkan dengan perubahan kandungan hormon badan ketika hamil. Wanita-wanita ini mungkin akan mendapati seluar atau baju yang mereka pakai menjadi ketat dan mereka merasa tidak selesa.
  6. Sakit belakang. Sakit pada bahagian bawah pinggang boleh dialami oleh wanita yang hamil dan ini mungkin dikaitkan dengan perubahan kepada kedudukan tulang belakang akibat kandungan yang membesar.
  7. Kencing kerap adalah gejala yang biasa dialami oleh ibu-ibu hamil terutama pada usia kandungan 6-8 minggu. Kencing kerap disebabkan oleh pundi kencing yang menjadi lebih sensitif disebabkan oleh kesan hormon dan peningkatan bekalan darah ke atas organ tersebut semasa hamil. Masalah membuang air kecil ini mungkin akan berpanjangan kerana saiz kandungan yang membesar mungkin akan member tekanan kepada pundi kencing dan kadangkala wanita yang hamil akan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.
  8. Sakit kepala. Ini boleh dialami oleh wanita yang hamil terutama di awal kehamilan. Ini mungkin dikaitkan dengan perubahan hormone yang berlaku semasa hamil.
  9. Perubahan deria rasa. Perubahan bahan kimia di dalam darah boleh dikesan pada air liur. Perubahan deria rasa yang boleh dialami oleh wanita yang hamil agak sukar dijelaskan tetapi akibat dari perubahan deria rasa ini, rasa makanan atau minuman yang mereka ambil menjadi berbeza dari normal dan ini mungkin boleh menyebabkan minuman atau makanan tersebut terasa tidak sedap dan memualkan.
  10. Mengidam atau di dalam bahasa Inggeris dinamakan “food craving” sering dialami oleh wanita-wanita yang hamil. Kebanyakan wanita melayu selalu mengidam makanan berjeruk. Terdapat wanita-wanita hamil yang mengidam untuk makan atau minum sesuatu yang di luar kebiasaan seperti arang, kulit kayu dan lain-lain. Punca sebenar mengapa terjadinya perkara ini adalah di luar pengetahuan kita, malah ianya tidak boleh dijelaskan oleh kajian saintifik.
  11. Perubahan deria hidu. Deria hidu menjadi lebih sensitive dan ini menyebabkan persepsi hidu ke atas minuman, makanan dan bau-bauan berubah dengan ketara sehingga menyebabkan tindakbalas wanita berkenaan berbeza dengan bauan yang tertentu. Contohnya bau pewangi yang dahulunya sangat diminati kini menjadi terlalu memualkan sehingga muntah-muntah. Begitu juga makanan yang menjadi kegemaran pada satu ketika dahulu kini telah menjadi sesuatu yang sangat menakutkan.
Peringkat-Peringkat Kehamilan

Terdapat 3 peringkat ataupun fasa kehamilan :

1. Fasa 1 (Trimester 1) iaitu 3 bulan pertama
2. Fasa 2 (Trimester 2) iaitu 3 bulan kedua
3. Fasa 3 (Trimester 3) iaitu 3 bulan terakhir kehamilan