Tuesday, June 19, 2012

hilang

Wujud di celah hati
dibelai sepenuh hati
ditinggal jua pergi
berkongsi tidak diingini
hilang umpama debu
hadir membawa cahaya
jiwa tidak menentu
hilang pertimbangan jua rasa

secebis kasih dipinta
dirayu agar diterima
dipujuk dan dimanja
hingga asyik menjelma
tersuntik semangat waja
cemburu dengan kejayaan
membara keinginan meneroka
ingin sekali menggapai cahaya

Tiba - tiba hilang kembali
tercari - cari namun tiada
untuk apa kembali andai ingin pergi lagi
kosong jiwa semakin sepi
dirasuk rindu
Namun siapakah yang mengerti?
akhirnya gelap meneman diri

Friday, June 15, 2012

untitled

Terngiang lagu sang bayu berkumandang di benakku mengungkit kembali kegemilangan dahulu... apa agaknya yang telah aku lakukan ke atas hidupku sendiri? Ke mana hilangnya impian dahulu? Terperangkap aku dalam kehidupan yang tidak pernah ku mimpi.. Betapa aku rindu akan tiap tenaga yang kukerah hingga mengalirkan keringat... Aku bosan duduk menghadap skrin berlindung di dalam kesejukan penghawa dingin.  Aku rindukan cahaya matahari, rindukan kelembutan bayu dan deru ombak.. Aku rindukan keringat itu.. rindukan teman- teman yang lama ku tinggalkan... Ku tutup lembaran hidupku yang membahagiakan demi sebuah kehidupan realiti yang kutempuh dengan KEMALASAN yang semakin menjadi - jadi... mengeluh bukan penyelesainya.. Lalu aku kini bertekad merubah segalanya... Insyaallah... semoga impian jadi realiti...

Wednesday, May 23, 2012

Perasaan tidak dikenali

Terkerling kepada sesuatu lantas hati meronta-ronta untuk menjenguk. Satu persatu ku lihat namun semakin banyak yang ku nampak, semakin hati rasa pedih. Perasaan yang telah lama hilang kerana aku telah melontarnya jauh-jauh. Tapi sekarang aku merasai perasaan itu. Sakitnya terlalu menyiksa. Masing-masing telah bahagia kenapa perlu rasa itu timbul di hati ini? Aku tidak mahu perasaan itu wujud kerna aku sudah ada hidup sendiri.. Dikau juga sedang berbahagia aku tumpang gembira. Wahai perasaan yang tidak ingin kukenali lagi pergilah kau menjauh kerana aku punya perasaan baru yang mampu membahagiakan diri ini...

Cinta hatiku dengarkanlah...



Buat cinta hatiku yang jauh, setiap saat merinduimu membuat aku jadi tidak menentu. Kutahan airmata saat melihat kau pergi membuktikan aku kuat dan mampu berdikari, tidak ingin membimbangkan hatimu. Berjauhan membuat aku susah bernafas tapi aku sedar ini yang terbaik. Dikau ada tanggungjawab disana untuk kehidupan kita sekeluarga juga, usahamu tidak akan ku sia-siakan. Cinta hatiku tahukah dikau malam-malam yang digin terlalu sepi tanpamu,mujur ada putera cinta kita bersamaku hilanglah sedikit kekusutan dengan keletah manjanya.Tapi bila waktu menganjak pergi, si kecil lena dalam dakapan mimpi selalunya rasa sepi itu datang kembali menyengat hati hingga terasa pilu. Airmata menitis saban hari merinduimu.



Cinta hatiku, maafkan diri ini andai kekurangan yang ada pada diri ini menyesakkanmu. Terima kasih kerana sudi menemani kala suka dan duka. Terima kasih kerana sudi menerima diri ini walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Terima kasih kerana masih menghargai diri ini walaupun kadangkala dirimu tercabar dengan perlakuan diri yang agak melampaui batasan. Terima kasih kerana masih sudi menerima kucupan kasihku di jemarimu. Terima kasih kerana masih sudi mendakap dan mencium dahi ini dengan penuh keikhlasan.


Cinta hatiku maaf andai aku terlalu menekan perasaanmu, sesungguhnya tiap perkara yang memberi tamparan hebat dalam hidupku kuterima selama bersamamu menjadikan aku bukan diriku yang sebenar.Aku hidup dengan penuh persoalan.... Namun aku tetap bertahan kerana aku terlalu cintakan dirimu hingga akhir nafasku ini.

Tuesday, May 8, 2012

Selamanya....



Sedang sibuk-sibuk bekerja... meneruskan tugasan hakiki tetiba lagu ni berkumandang... Terasa rindu sangat pada encik suami... Mata mula berkaca-kaca... dada rasa sebak dan sempit... Alangkah... hurmmm... Alangkah bahagianya jika tika ini encik suami ada disisi... sangat-sangat ingin di dakap kemas dan erat... Ingin rasa hangat dan selamat... Tapi... 


Sayangku dapatkah kau merasakan
Betapa besarnya rasa cintaku untukmu
Cintaku pernahkah kita menduga
Di antara kita ada rasa mendalam

Sayangku yakinlah akan cintaku
Yang ku persembahkan seutuhnya untukmu
Ooo kasihku jangan pernah kau ragukan
Luasnya cintaku yang ku beri untukmu

Genggamlah tanganku ini sayang
Cintaku telah tertambat mati untukmu

Selamanya..
Hanya dirimu yang selalu ada dalam hatiku
Selamanya…
Tentang dirimu kau selalu hadir dalam mimpiku
Engkau satu cintaku selamanya

Genggamlah tanganku ini sayang
Cintaku telah tertambat mati untukmu

Selamanya..
Hanya dirimu yang selalu ada dalam hatiku
Selamanya…
Tentang dirimu kau selalu hadir dalam mimpiku

Selamanya..
Hanya dirimu yang selalu ada dalam hatiku
Selamanya…
Tentang dirimu kau selalu hadir dalam mimpiku
Engkau satu cintaku selamanya