Saturday, September 24, 2011

status FB.. kata-kata yang amat mendalam untuk diabadikan....



  • Walau Seteruk mana pun masa lampau kita, masa lalu kita, jangan lupa memandang hari yang kita masih ada.. hari ini, hari esok... kamu masih boleh mencorakkan masa depan kamu dengan baik.. Allah masih beri jantung kamu untuk berdetak.. masih beri kamu nafas untuk hidup.. Bersyukurlah.....

Tersinggung....

          Agak tersinggung dengan beberapa status yang saya baca di laman-laman sosial mahupun email yang diterima..... Meluat melihat tulisan-tulisan dan kata-kata tidak puas hati yang diluahkan. Tidak pernah ada rasa bersyukur kerana dilahirkan di negara yang aman? Sentiasa suka mengejek dan menghina sesama sendiri. Saya hanyalah seorang warganegara biasa yang tergolong dalam golongan sederhana.

       Kasihan melihat insan-insan yang bertikam lidah demi merebut sebuah negara yang terang-terangnya aman damai tanpa peperangan. Sebuah negara yang selama ini tanah dipijak dikongsi bersama. Kalau cemburu dengan kekayaan dan kemewahan orang yang berjaya, tanamkanlah azam dihati,ubah nasib diri dahulu barulah betul. Jiakalau sekadar mengeluh,menghina dan mempertikaikan kemewahan orang lain tetapi pada diri APA PUN TAKDE.. Tak perlu mendabik dada menunding jari ke sana sini, kerana akhirnya kamu akan berakhir dengan diri kamu yang biasa-biasa sampailah bila-bila.

    FIKIR-FIKIRKANLAH....


JANGAN ASYIK MEMPERSOALKAN APA YANG NEGARA TELAH LAKUKAN UNTUK DIRI KAMU....

SEBALIKNYA...

TANYALAH DIRI KAMU APA YANG TELAH KAMU SUMBANGKAN UNTUK NEGARA???


SAYA TETAP BANGGA SAYA ADALAH ANAK MALAYSIA....
SAYA BANGGA SAYA RAKYAT MALAYSIA...
BUKAN KERANA MALAYSIA HEBAT DI PERSADA SUKAN MAHUPUN EKONOMI...
TETAPI SAYA BANGGA KERANA SAYA DILAHIRKAN DI MALAYSIA DI MANA RAKYATNYA SANGAT BERSOPAN SANTUN DAN BERBUDI BAHASA...
RAKYATNYA SALING MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN....
INILAH MALAYSIA YANG SAYA KENAL DAN CINTA....


P/S : Kepada segelintir penumpang di Negaraku yang Tercinta,
         yang sentiasa tidak berpuas hati.. 
        Tak payah duduk Malaysia lagi bagus. 
        Pergi cari negara lain yang lagi baik dari Malaysia.... 
        Menyemak jer kat Negara  Berdaulat ni....
        Pi jadi hamba kat negara lain....

Wednesday, August 24, 2011

The Adam Boys....♥♥♥


Photo's Taken At Melaka Mall..... ♥♥♥

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Lahir Buat Ayahanda Tercinta 22 Ogos 2011

Khas Untuk Ayahanda tersayang.... Dari Alang n Ateh....

budak kecik ni memang.. semua orang punya birthday pun dia yang nak tiup lilin tu.. semangat... Atok dia relaks jer...


Selamat Hari Lahir Buat Ayahanda Tersayang... Alhamdulillah... first day dapat berbuka dengan seluruh ahli keluargaku tanpa seorang pun tertinggal.. (walaupun Achik lambat sampai). Mak masak mee hoon goreng jer tapi tetap layanzz... tahun Ni genaplah Umur Ayah 60 Tahun... Nampak sangat rambut ayah dah beruban banyak.. tangan ayah dah berkedut seribu, kadangkala bila ayah memandu aku perhatikan ayah macam dah kehilangan daya fokus.. tangan menggigil bila jangkaan dia tersalah.. Alang sayang ayah... Semoga Allah memberikan Alang ruang dan kesempatan untuk berbakti kepada ayah dan emak....




Dari petang dia asyik ulang alik pegi dapur pastu buka peti ais.. Nak day to you katanya... adessss... akhirnya dapat juga... :)

Friday, August 19, 2011

Forgive me...

Emosi sangat tak menentu hari ni ... Terlalu rindukan si kecil mungkin... Kesian si roby kena marah kaw kaw sebab lambat tadi... ntah apa pasal la pulak Termengamuk sakan arini... So sorry ya Roby.. Sorry to hubby juga kerana terkena tempias angin barat daya aku.. Adesssss....

Hubby sedang bergelut untuk syarikatnya berkembang... Got BIG Jobs to settle dan aku bersendirian selama beberapa hari lagi.. Takperlah cari rezeki untuk keluarga kan... Aku doakan agar segala urusan dipermudahkanNYA..... Amin.....

Rasa semakin tenang bila Ular berbisa yang ada dalam rumah ni dah takde... Semakin melimpah ruah rezeki masuk... Alhamdulillah.. Aku juga tak putus-putus berdoa agar Si polan tu berubah dan berpijak ke alam nyata.. kembali ke jalan yang diredhai ALLAH S.W.T.

Till then.. time to sleep... zzzzzzzzzzzzzzzzz nunyte uolsssssss........