Friday, April 8, 2011

Da tatau nak kate ape dah....

Benci tau, tak faham ke orang tak suke apa yang ko buat? Ko ni sesuka jer nak ikut kepala ko kan? Ko ni asyik nak fikir pasal ko jer kan?kan?kan?kan? Tak payah lah nak cite ko kesian kat kiotaorang. Selama ni pun, susah payah kitaorang ada ko taw? ade ko tanya? Miss hipokrit tolonglah...


Kau nak buat benda-benda terlarang tu tolong buat kat luar oke... Jangan kotorkan mahligai bahagia aku. Jangan rosakkan pandangan mata hati kekasih kecil aku dengan perangai tak senonoh kau tu.


Dari dulu kau kata nak blah, nak berambus tapi ko stay gak kan? bape kali kita gaduh? tapi at the end ko buat tak paham jer kan?Ko terhegeh-hegeh senyum2 buat-buat macam takde pape.. Hello aku dah muak dengan perangai kau. Tak semuanya dalam dunia ni pasal kau sorang jer k. Aku memang straight, kalau aku tak suka aku akan cakap depan-depan. Aku bukan macam kau yang suka baling batu sembunyi tangan.


Sedar-sedarlah siapa diri kau tu, Sedar-sedarlah Kau tu menumpang jer di bumi ALLAH ni. Agak-agaklah kalau nak buat ape-ape tu. Fikir-fikirlah perasaan orang sekeliling.


Ingat lah, hari ni kau rampas hak orang, satu hari hak kau jugak tak mustahil orang akan rampas.. Tak payahlah nak desperate sangat kan? sampai hak orang pun ko nak sailang. Selfish sangat la kau ni kan?

Thursday, April 7, 2011

Kursus Induksi Umum Yang super best... weeehoooo....

          Akhirnya ada juga sedikit kerajinan untuk bercerita tentang Kursus yang telah aku hadiri selama 9 HARI di Shah's Beach resort, Tanjong Keling. Dekat jer tak jauh mana pun. Kursus ni bermalam yer.. TAK BOLEH BALIK RUMAH. Mula-mula macam sedih la jugak walaupun cuma 9hari jer kan? sebab tak penah berpisah lama ngan Kesayangan Hati ni ha..

          Perjalanan Kursus baik sahaja dari mula Check in bilik, Dapat roomate yang satu kepala, Kawan-kawan Sekursus yang sangat2 best + Sporting + Gile2 + Terbaeklah.... Urusetia pun best2. Macam-macam aktiviti yang kitaorang semua buat tapi takleh nak citer semua lah kan.. RAHSIA.


          Paling tak boleh lupa bila aktiviti KEMBARA, Sangat Terbaek lah... Seronok sangat-sangat. Baik-baik muka putih gebu jadik merah macam udang kena bakar (Bukan aku la).Balik Chalet then terus makan tengahari,masing-masing dah kebulur tapi penat. Lepas Lunch tu kawan-kawan seangkatan ajak Terjun Pool plak dan untuk pertama kalinya aku diajar mengapungkan badan.. seksa tukang ajar tu ,,, kesian dia.. sebab aku takut lemas.. ahahahah dan hasilnya aku dah berjaya... Suke Suke Suke!!!,  Malam tu ada Majlis Makan Malam Gemilang Induksi, aku telah didera oeh semua orang untuk jadik penghibur tidak berbayar..  Layankan jerla.. Dah penat-penat kan siang tu, malam apa lagi? berjimba la.

         Hari last ada exam... lepas exam muke semua orang cool jer.. aku faham tu masing2 control macho & ayu... Padahal dalam hati melonjak2 nak mintak extend masa kursus... ahahahahaha...

Oklah sekian sahaja cerita tentang kursus yang aku aku rasa Sangat Best... ahahahahh tata.....

Tuesday, March 29, 2011

Gambar2....

Sedikit Rentetan Peristiwa Hasil Dari 9 Hari Berkursus.. Lain Kali Boleh Cerita... Layan Gambar Dulu k....



Kak Ita Ngan Bf @ Skandal Baru.. Uhuhuhuhuhu



Orang-orang Kuat Yayasan Melaka ( Yang Baju Merah tu "Kita Bakor... Kita Bakor....")



 Bendera Kumpulan Lantera (Kumpulan Saya La Tu)... BENDERA KONTROVERSI...


 Kak Ita Dan Debaran Menanti Penceramah...


Tukang Karut.. Tukang Sampuk.. Kaki Kecoh.... 


Orang-orang JaiM... Sporting....

Tuesday, March 22, 2011

9 Hari??? ouchhh................

Saya sedang berkursus untuk pengesahan jawatan, SEMBILAN HARI TAU!!!!! huh.... adessss.... Kira ni paling lama lah tinggalkan hubby n baby.... hurm.. TAK BOLEH BALIK pulak tu!!!!!!! Haish.... Mula-mula sebelum saya menghadiri kursus ni macam-macam ada dalam pemikiran saya.... Ok ker kursus ni? susah ke? ada ke kena dera macam kena Orientasi dulu2... kena torture teruk2... aduhhh.... BENCILAHMACAMNI :(


TAPI SANGKAAN SAYA SALAH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


SAYA SALAH OKE!!!!!


Saya seronok apabila dapat berkenalan dengan ramai pegawai2 dari pelbagai jabatan... Encik-encik Urusetia pun Sporting dan Best..... Walaupun jadual padat tapi seronok sangat2.... macam2 aktiviti yang kami lakukan...


Baru tiga hari kami semua berkursus... tapi dah rapat macam dah berminggu2 bersama.... Masing-masing sporting dan gile-gile.... uhuhuhuhuhuhu Syiookkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!


Oklah dah letih jap lagi nak meeting untuk Malam Protokol.... Takpe... penat sikit tapi happy....


Good Nite all's......

Wednesday, March 2, 2011

jatuh jua...titis-titis itu...

Mencintaimu, memiliki dirimu adalah perkara yang paling payah untuk ku tempuhi.. Berbagai rintangan dan dugaan yang harus ku terjah dan berjuta kelukaan telah ku telan... Berdosakah aku? Keikhlasan hati ku mencintaimu sering mengundang perkara-perkara yang akan melukakan hatiku...  Ku tempuh segala-gala hanya untuk melalui hari-hari indah bersamamu... Cintaku tidak pernah pudar sedikitpun, tidak kiralah apa jua yang berlaku...


Sayang... hari ini aku lemah jua... gugur lagi permata dari kelopak mata ini keranamu, Salahkah aku sayang? Andai salah kenapa tidak kau perbetulkan? masih bermaknakah diri ini pada mu? Kadangkala sewaktu dirimu di kejauhan aku amat terseksa... Setiap penjuru aku terbayangkanmu, tapi dirimu? adakah dikau jua merasa apa yang kurasa?Tidak pernah aku sesali berdamping dengan dirimu.. Kau Anugerah terindah yang pernah kuterima...


Tapi sayangku, belum terlalu lama kita bersama..kenapa aku merasa hilang? Aku hilang semua yang ku ada sebelum dikau kutemui.. Aku hilang ketenangan.. Penemanku hanyalah rasa marah dan kecewa... Akukah yang bersalah? Masih milikku kah dirimu sayang? Masih milikku kah cintamu itu?


Saban hari aku rasa kekosongan itu semakin memenuhi ruang hatiku.. Dimana kau sayang? Dimana kau campakkan diri ini? Dimanakah kehangatan itu sayang? Atau aku sahaja yang merasakan kepudarannya? Titis-titis yang membasahi pipiku ini, mengapa sukar untuk kuhentikan? Tka gunalah kita berdusta dan berpura-pura, Andai dikau jua lelah bersamaku... Aku Redha sayangku...


Aku hanya ada dirimu dan Buah Cinta kita, kamulah dunia ku... Sanggup aku ketengah untuk memperjuangkanmu... Tapi sayang, Berhargakah tiap pengorbananku? tiap caci cela yang kuterima dimana aku hanya memekakkan telinga dan membisukan diri? Untukmu sayang.. segalanya hanyalah untuk dirimu...
Kau kukasihi melebihi nyawaku sendiri...


Dimana dia sayang? Untuk kesekian kali hati ku menjerit sekuat-kuatnya... Dimana kemesraan itu? kenapa rasa sepi ini yang kau hadiahkan kepadaku? kenapa kekecewaan yang selalu jadi makanan jiwaku? 


Aku jatuh cinta denganmu dan masih lagi aku mencintaimu setulusnya... bagaimana denganmu sayang? Masihkah aku insan yang kau cinta? Atau aku hanyalah Bebanan yang TERPAKSA kau pikul??? Kepada Umum, kurahsiakan segala kesakitan itu, aku berpura-pura sayang... Akulah pelakon didalam drama hidupku sendiri...


Maafkan aku sayang andai aku bukanlah untukmu yang sebenar-benarnya... Andai melodi kasih sayangmu milik insan lain.. Aku redha... Aku terima hukuman ini... Akan ku berbakti kepadamu sehingga akhir nafasku... Berikanlah jawapanmu sayang agar aku tidak lagi dihimpit persoalan yang mencengkam jiwa setiap detik....