Tuesday, July 13, 2010
~Sedih~
Sedih hati ini, sangat-sangat berkecil hati.....
Sedih melihat karenah orang-orang yang hidupnya hanyalah menongkat langit...
Sedih bila terkenang pernah suatu ketika...
Seorang anak gadis duduk bersama seorang wanita...
Wanita itu begitu tabah dan kuat...
Wanita itu menceritakan segala keperitan hidupyang harus ditempuh,
Kesusahan dan kedukaan yang dilalui amat memilukan,
Mencari rezeki yang halal bersama suami tercinta,
Mengumpul harta untuk kesenangan hari tua...
Berhempas pulas bekerja siang dan malam...
Demi mahu memberi kehidupan yang selesa untuk anak-anak tercinta...
Kini setelah berhempas pulas diusia muda,
Segalanya telah diperolehi, cukuplah untuk keselesaan sekeluarga...
Si anak telah meningkat dewasa..
Sayangnya, si anak tidak mewarisi kekuatan dan keazaman orang tuanya...
Si anak hidup gah mendabik dada...
Pakaian dan segala perhiasan mahupun wangian diri...
Semuanya mahu yang berjenama....
Hingga si anak alpa dengan realiti hidupnya sebenar...
Belanjanya melebihi kemampuan sendiri...
Sedih sungguh hati ini...
Kerana pernah melafazkan janji...
Akan menjaga si anak ibarat darah daging sendiri...
Sangat-sangat sedih sekali...
Bila telah menghampakan hati wanita itu...
Tanpa wanita itu mahupun suaminya mengetahui kebenaran....
Bahawa si anak nun jauh diperantauan ini...
Hidupnya bermalas-malasan...
Bersukaria dan tidur sepanjang masa....
Pernah ku lontarkan kata-kata nasihat...
Agar si anak keluar mencari punca pendapatan...
Namun si anak hanya memandang sepi segalanya...
(Akan Bersambung )
Friday, July 9, 2010
~Lalalalalala~
Hari ini, Berjaya meluahkan segalanya dan berjaya jua menyerahkan segala beban yang sepatutnya dipikul oleh insan lain. Maaf la yer, berada disini bukanlah boleh berdendang-dendang sahaja. Kamu belum tahu lagi Tanggungjawab sebenar yang kamu akan pikul. Diharap apabila kamu mulai sibuk nanti, kamu tidak akn mengganggu sesiapa masa mereka sibuk yer....
Tolonglah hentikan segala karenah kamu yang konon-kononnya "MANJA" tu kan? ieewwww.... geli la sayang oiii... Langsung tidak berkenan. Kita memang tidak serasi bersama, sebulan sudah berlalu pernah jua cuba untuk "Menerima" Kamu sebagai teman seperjuangan tapi semakin cuba semakin MELUAT pula....
All The Best... Jangan Kepochi sana-sini.... tau ke semua orang kat sini Meluat dengan Kamu... TOLONG SEDAR Ok????
Tolonglah hentikan segala karenah kamu yang konon-kononnya "MANJA" tu kan? ieewwww.... geli la sayang oiii... Langsung tidak berkenan. Kita memang tidak serasi bersama, sebulan sudah berlalu pernah jua cuba untuk "Menerima" Kamu sebagai teman seperjuangan tapi semakin cuba semakin MELUAT pula....
All The Best... Jangan Kepochi sana-sini.... tau ke semua orang kat sini Meluat dengan Kamu... TOLONG SEDAR Ok????
Wednesday, July 7, 2010
~Pesta Makan Ke??~
Lunch Hour tiba, Perut mula berkeroncong. Tangan menggigil2... Lapar sungguh, nak turun ke cafe malas pula. Teringat roti di dalam laci terus keluarkan... masuk Pantry lepas tu bancuh nestum 3 in 1. mak buyong plak terbau nestum pastu merengek2 nak jugak... Cik P.A pula keluarkan Jem Strawberry yang segar dari Tanah Rata, Cameron Highlands. Makan ramai2... Akhirnya habis satu bantal roti. Alhamdulillah Syukur... Kenyang....
Tuesday, July 6, 2010
~Ishhhh~
Perlu pulang awal hari ini, pulang ketanah air suamiku...
Seminar ooo seminar... semoga aku akan mendapat sesuatu dari seminar yang akan kuhadiri jam lapan nanti...
Err gemuruh kerana nanti di kiri kananku ada dua jiwa yang masih cuba kukenal kasih sayangnya...
saat aku menaip ini, hati sudah tidak keruan... Lambat pula Cinta hati ku mahu tiba... Jauh perjalanan yang mahu ditempuh nanti... Bising pula dua jiwa mulus itu nanti...
~Coretan Nukilan Tita Lya Amanda...~
Bila gentar akan masa hadapan,
Terkadang mulai rasa butuh hentikan waktu,
Agar semuanya kekal tidak berubah,
Manusia kian berkata-kata tanpa menyedari
Hembusan mereka bakal menghentikan degupan jantungku,
Tanpa ehsan..
Kian ku menagis, Tak pernah berpaling.
Kian ku mengharap, Tak pernah ternyata.
Tuhan hulurkan setasik air belas Mu,
Agarku menjadi kekasih setiamu yang tak pernah jemu meminum ajaranmu.
Khilafku tidak mencintai diriku setulusnya.
Hulurkan kekuatan bagiku mengumpul langkah ke SyurgaMu....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kapan jiwa sendu,
Bisa Pasir itu berbisik di telingaku,
Agar beri mu wahai teman,
Lukiran hati tulusku....
Kasihmu tak pernah Berubah...
Terkadang mulai rasa butuh hentikan waktu,
Agar semuanya kekal tidak berubah,
Manusia kian berkata-kata tanpa menyedari
Hembusan mereka bakal menghentikan degupan jantungku,
Tanpa ehsan..
Kian ku menagis, Tak pernah berpaling.
Kian ku mengharap, Tak pernah ternyata.
Tuhan hulurkan setasik air belas Mu,
Agarku menjadi kekasih setiamu yang tak pernah jemu meminum ajaranmu.
Khilafku tidak mencintai diriku setulusnya.
Hulurkan kekuatan bagiku mengumpul langkah ke SyurgaMu....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kapan jiwa sendu,
Bisa Pasir itu berbisik di telingaku,
Agar beri mu wahai teman,
Lukiran hati tulusku....
Kasihmu tak pernah Berubah...
Subscribe to:
Posts (Atom)
